DAP Amalkan Budaya Samseng..!!!

alt

Beberapa pimpinan tertinggi DAP Peringkat Cawangan hari ini mendedahkan budaya samseng yang didominasi kaum Cina dalam kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Setiausaha DAP Pantai Sepang Putra menjelaskan, budaya tersebut merujuk kepada insiden kekecohan dan pergelutan yang berlaku pada Sidang Mesyuarat bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 1 Oktober lepas.

"Kami diserang oleh beberapa orang samseng yang kebanyakannya bukan ahli DAP. Apabila saudara R.Selvan menunjukkan kad ahli DAP, kad tersebut dipatahkan oleh samseng-samseng tersebut," katanya kepada KLPOS pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir sama termasuklah Pengerusi DAP Cawangan Taman Murni Thirumavalavan dan wakil DAP Cawangan Pantai Sepang Putra R.Selvan.

Rashid juga mengesahkan telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. Akan tetapi sehingga hari ini pihak polis tidak melakukan sebarang maklumbalas terhadap kejadian berkenaan.

"Apakah polis takut kepada samseng yang ada hubungan dengan ahli majlis tempatan yang disokong oleh Exco Kerajaan Negeri?" jelasnya lagi.

Insiden beberapa hari lepas tercetus akibat rasa tidak senang beberapa pemimpin tertinggi terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang dilihat gagal menjanjikan beberapa isu yang dibangkitkan penduduk setempat. Dalam pada itu, satu memorandum telah dihantar kepada pimpinan tertinggi menerusi Lim Guan Eng yang membangkitkan beberapa masalah yang masih tidak diselesaikan di kawasan setempat termasuklah isu pemilikan tanah Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Ladang Teluk Merbau, Sg Pelek, Sepang.

Rashid memberi amaran kepada permasalahan rakyat yang terkandung dalam memorandum berkenaan disekat daripada sampai ke tangan pemimpin tertinggi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini pernah berjanji akan menyelesaikan perihal pemilikan tanah pada tapak Kuil yang menjangkau usia 136 tahun itu. Namun ianya masih tertangguh sehingga hari ini.

Rashid turut mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri yang menyalahgunakan peruntukan yang sepatutnya diberikan bagi sambutan perayaan Deepavali. Ia turut memberi kesan penangguhan beberapa bayaran balik kos-kos persiapan Pesta Pongal di kawasan berkenaan. KLPOS

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive