Faekah Kena Maki Dengan Zuraidah..!!!!


Kritikan beberapa pimpinan PKR Selangor berhubung kenyataan balas Faekah Husin terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akhirnya diterima secara terbuka.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor itu menjelaskan, beliau tidak akan membuat ulasan berkenaan sebarang kenyataan yang menyentuh kedudukan bosnya itu.

“Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar. Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” katanya yang turut disiarkan menerusi Sinar Harian Online.

Berkenaan kritikan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin tempoh hari, Faekah mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan teguran sedemikian malah berlapang dada dan akan mengikuti nasihatnya.

Zuraida semalam telah membidas tindakan Faekah yang mengkritik kenyataan Azmin Ali berhubung penukaran jawatan Menteri Besar Selangor jika Pakatan Rakyat mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak. KLPOS

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive