Kerajaan Negeri Beritahu Perkara Tidak Benar - GPRS

alt

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) berkunjung ke ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Lembah Pantai.

Ia adalah berkaitan krisis air Selangor yang didakwa badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan sebagai 'parah'. GPRS bersama 20 NGO lain mendapat penjelasan dari pihak SYABAS dan menurut Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan memberitahu pemberita dalam sidang media bahawa mereka agak terkejut dengan penjelasan dari pihak SYABAS.

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan perkara yang tidak benar oleh kerajaan negeri berhubung isu air di Selangor sebelum ini.

"Ada agenda yang cuba dipolitikkan kerajaan negeri," ujarnya.

Sehubungan itu, Sohaimi berkata GPRS dan NGO-NGO lain akan melakukan beberapa perkara bagi menjelaskan perkara yang sebenar kepada rakyat terutamanya di Negeri Selangor.

Antara tiga perkara yang disebut Sohaimi, GPRS akan menggerakkan siri jelajah tentang isu air dengan berteraskan fakta. Seterusnya mereka (GPRS) akan mengedarkan kira-kira 500 ribu risalah mengenai perkara sebenar berkaitan isu tersebut dan akan menggantung kain rentang bagi tujuan yang sama.

GPRS juga mendesak kerajaan persekutuan agar tegas untuk melaksanakan projek Langat 2 supaya krisis air Selangor dapat diselesaikan. KLPOS

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive