Beberapa orang pemimpin pembangkang juga kelihatan antaranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, AJK Pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat serta Hishammuddin Rais.
Melihat pada nama-nama itu, kita faham bantahan mereka terhadap projek RAPID lebih kepada motif politik hasil cucukan tangan dari orang luar. Para peserta pula rata-ratanya terdiri dari kalangan Cina DAP yang datang dari seluruh negara, sebahagian lagi adalah Cina PKR dan penyokong PAS serta hanya segelintir kecil sahaja penduduk tempatan.
Dan macam biasalah, Unit Amal PAS kerap menjadi balaci di barisan hadapan konon untuk mengawal keselamatan tanpa memahami bahawa isu yang mereka perjuangkan itu hanyalah ikut-ikutan kepada arahan abang besar mereka DAP.
Andai kata projek RAPID dipindahkan ke Pulau Pinang yang dikuasai DAP misalnya, percayalah bantahan sebegini tidak akan wujud kerana projek RAPID ada nilai tambah dan manfaatnya besar untuk kepentingan ekonomi penduduk setempat serta memberi impak baik kepada pembangunan negeri dan negara.
Tapi disebabkan kebetulan projek RAPID ini dilaksanakan di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN, manakala PR pula berangan-angan untuk menawan Johor, maka projek ini cuba digembar-gemburkan akan memberi kesan negatif secara langsung terhadap alam sekitar dan penduduk setempat.
Tambah-tambah lagi, kedudukan Pengerang itu sendiri berdekatan dengan negara 'ayah angkat' DAP iaitu Singapura, maka jangan terkejutlah bila tangan-tangan ghaib orang SIngapura pun memainkan peranan besar memanipualsi isu ini untuk kepentingan mereka.
Dalam pada itu pemimpin PAS, Salahuddin Ayub berkata, "pendirian PR jelas untuk tidak menolak pembangunan, malah beliau turut berkata PR menerima projek ini (RAPID) jika ia dilaksanakan seperti di Kerteh dan Paka di Terengganu yang tidak dibangunkan atas pengambilan tanah penduduk".
Penjelasan oleh Salahuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian jelas berbeza dengan dakwaan pemimpin PR dan NGO proksi mereka yang mendakwa pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor akan membahayakan alam sekitar, membahayakan nyawa penduduk dan menyebabkan nelayan kehilangan sumber pendapatan. Hakikatnya soal pengambilan tanah tidak menjadi isu pun kepada penduduk di kampung-kampung tradisonal kerana pemilik tanah rakyat tempatan masing-masing mendapat pampasan wang ringgit di masa yang sama diberi hak memiliki 0.8 hektar tanah gantian.
Penduduk yang terlibat juga diberi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta mendapat subsidi pembelian rumah baru di antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit. Penempatan baru untuk mereka pula hanyalah 15 kilometer sahaja dari tapak asal.
Ada cerita lain sebenarnya disebalik bantahan pembangkang dan NGO proksi mereka terhadap projek RAPID di Pengerang. Hampir sama macam bantahan mereka terhadap Lynas yang berpunca dari hasutan Cina DAP dan Cina PKR selepas mendapat jolokan habuan dari syarikat rare earth dari Cina, di Pengerang pula tangan-tangan luar juga memainkan peranan utama.
Alasan NGO proksi PR dan pemimpin pembangkang yang lain kononnya ramai penduduk membantah projek RAPID sebenarnya bukanlah suara asli rakyat tempatan, sebaliknya hanya segelintir penduduk yang menjadi proksi pemilik tanah kepada rakyat Singapura sahaja yang memprotesnya.
Di sekitar Pengerang banyak tanah dan rumah yang nama pemiliknya adalah orang Melayu dan Orang Asli tapi sebenarnya hanyalah proksi kepada rakyat Singapura yang menjadi pemilik sebenar. Apabila projek RAPID dimulakan, kesan besarnya terhadap rakyat Singapura kerana mereka tidak mendapat pampasan tanah sebaliknya hanya memperolehi pampasan wang tunai sahaja.
Begitu juga alasan pembangkang kononnya projek RAPID akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar juga hanyalah perisa tambahan untuk mengabui mata khalayak semata-mata. Projek yang sama sudah lama wujud di Kerteh Terengganu, Gebeng Kuantan, Pahang malah Jurong di Singapura boleh saja berjalan lancar hingga kini, tiada pun kesan buruk pada kesihatan.
Jelas sekali cerita-cerita negatif berkaitan kesan buruk pada kesihatan penduduk mahupun pada alam sekitar bukannya satu masalah, sebaliknya isu utama yang menjadi tumpuan sebenarnya ialah tangan-tangan orang Singapura yang terjejas bila mana hartanah mereka di Pengerang diambil alih untuk menjayakan projek RAPID.
Dengan kedudukan Pengerang yang terlindung dari angin monsun dan kawasannya yang strategik sebagai laluan perkapalan, tentu sahaja ada sebab untuk Singapura runsing kesan buruknya terhadap kompleks sama yang mereka miliki di Jurong.
Projek RAPID bila siap kelak akan memberi kesan besar dalam memakmurkan ekonomi negeri Johor malah impak positifnya turut memberi faedah kepada negara. Dengan lebih 50,000 peluang pekerjaan yang bakal tersedia, tentu sahaja limpahan ekonominya turut membawa nikmat untuk penduduk setempat serta sekitarnya.
0 comments:
Post a Comment