Deepak wajar merasa bertuah kerana tidak terjebak sehingga memeterai perjanjian bekerjasama dengan syaitan sepertimana Nik Aziz atau PAS yang kini terpaksa bergolok gadai segala maruah, agama, bangsa dan juga negara.
Sebenarnya, isu Deepak, bukanlah isu politik. Ia merupakan isu yang berkaitan masalah perniagaan dan pinjaman bank yang tidak berjalan sepertimana yang dirancangkan. Malangnya, rangkaian perniagaan Deepak yang melibatkan kerajaan dan kenalan pemimpin-pemimpin kerajaan bukan sahaja memberikannya kelebihan, tetapi juga kemudaratan. Beliau dilihat sebagai umpan yang mudah untuk diperguna atau diperalatkan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang memusuhi kerajaan.
Apatah lagi apabila musuh kerajaan itu mempunyai rangkaian penaja yang merangkumi tokoh-tokoh yang menjadi pencatur politik dan ekonomi dunia, maka bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka mencatur ekonomi syarikat-syarikat Deepak di seluruh dunia. Letakkan saja Deepak dalam keadaan yang sukar dan beliau pasti sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri dari kesukaran itu.
Kemudiannya, letakkanlah dokumen-dokumen apa saja yang direka-reka, atau gambar-gambar palsu yang disuper-impose, maka penyokong pembangkang serta rakyat yang enggan berfikir panjang akan terus mempercayainya.
Inilah antara perkiraan pihak pembangkang dan penaja mereka apabila menggunakan Deepak sebagai alat untuk mencipta fitnah baru, seperti pembelian barang kemas bernilai belasan juta oleh Datin Seri Rosmah, kononnya.
Namun, seperti yang disebut tadi, Deepak belum lagi menandatangani perjanjian dengan syaitan, hanya berjumpa untuk proses tawar menawar yang mana nampaknya tidak dipersetujuinya.
Menurut pengakuan Deepak, semuanya bermula apabila beliau menghubungi Anwar Ibrahim pada bulan Ramadhan untuk meminta bantuan berkenaan masalah pembayaran oleh sebuah syarikat dari timur tengah yang mana Anwar mengenali Pengerusi dan pihak pengurusan atasannya secara peribadi.
Deepak juga mengaku berjumpa dengan Anwar sebanyak 3 kali selepas itu dan beliau juga telah memberikan keseluruhan fail berkaitan kes Raja Ropiah. Sepanjang perjumpaan, Anwar dikatakan begitu berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hubungan Deepak dengan Dato’ Seri Najib serta isteri, termasuk hal-hal berkaitan peribadi mereka.
Seperti Anwar yang kita kenal, iaitu suka berjanji secara tetap, beliau telah berjanji dengan Deepak bahawa dalam masa hanya sebulan sahaja, beliau akan membawa kes itu ke Parlimen, membuat kenyataan akhbar mengenainya, sekali gus menyelesaikannya.
Namun, itu tidak pernah berlaku, mungkin kerana Anwar tahu bahawa kes tersebut terlalu lemah dan mungkin juga tidak berasas.
Walaubagaimanapun, melalui Sivarasa, Deepak sekali lagi dapat bertemu dengan Anwar pada 28 November dan membincangkan perkara yang sama. Kali ini, Anwar meminta Deepak mengaitkan nama Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam kes Raja Ropiah dan mengaku membayar kedua-duanya dengan sejumlah wang. Namun, Deepak telah tidak melakukan sebagaimana di arah dan hanya memberitahu apa yang benar iaitu segala-gala transaksi perniagaan adalah berdasarkan undang-undang yang sah tanpa melibatkan nama-nama tersebut.
Pastinya, Anwar melihat ini sebagai satu pembelotan di pihak Deepak. Lalu pada dua hari berikutnya, Anwar telah membuat kenyataan akhbar menafikan beliau pernah bertemu dengan Deepak. Penafian inilah yang membuatkan Deepak tersentak kerana ia merupakan satu pembohongan yang nyata.
Deepak juga mengakui bahawa beliau telah menonton video seks Anwar dan mendengar mengenai kes liwat Anwar tetapi telah mengambil sikap ‘memahami’ kedudukan Anwar untuk mempertahankan diri. Malah Deepak juga mampu menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.
Nampaknya, hanya pembohongan Anwar yang melibatkan dirinya sendiri sahaja yang berjaya mengejutkan Deepak dari tidur. Anwar rupa-rupanya adalah satu mimpi ngeri yang mampu memusnahkan hidup sesiapa sahaja yang ‘disentuh’nya. Berkawan dengan Anwar adalah satu kesilapan dan mempercayai Anwar adalah satu sumpahan yang berpanjangan.
Kita faham keadaan Deepak yang terdesak untuk melepaskan diri dari masalah perniagaan dan kewangan dan kita juga faham bahawa Anwar juga terdesak untuk menang pilihanraya. Hari ini kita lihat walaupun Deepak telah tampil menceritakan hal sebenar, namun pihak Anwar masih terus menggunakan nama Deepak sebagai modal politik. Soalnya, sampai bila? Selagi ada ruang dan caranya, selagi itulah Deepak tidak akan dapat melepaskan diri dari syaitan yang diserunya sendiri.
Apapun, yang pasti segala usaha Anwar untuk menggunakan Deepak bagi memburukkan Datin Seri Rosmah atau Dato’ Seri Najib nampaknya tidak berjaya. Isu barang kemas yang dimainkan Rafizi begitu lemah, malah begitu bodoh untuk diterima akal. Apa ke jadahnya invois pembelian oleh sebuah syarikat dikatakan bukti pemberian kepada Datin Seri Rosmah? Sudahlah ia tidak relevan, apa pula jaminan yang invois tersebut tidak direka-reka sepertimana kes cincin RM24juta atau gambar superimpose Altantuya yang terang-terangan palsunya?
Kini, Deepak sudah mendapat pengajaran yang sewajarnya, seperti juga Dato’ Chandra Muzzafar, Ezam Md. Noor, Dato’ Zulkifli Noordin, Rahimi..dan senarainya berterusan…. pencacai yang tinggal di dalam PKR itu, bila lagi?
0 comments:
Post a Comment