Haron Din Tak Tahu Bahasa Inggeris - Tun Mahathir


Mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai tidak memahami maksud pepatah bahasa Inggeris yang diungkapkannya baru-baru ini.Haron sebelum ini pernah menyuruh Mahathir bertaubat kerana bekas Presiden Umno itu mengungkap "Better the devil you know than the angle you don't".

"Mungkin kerana Haron tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris, maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".

"Kalau Haron fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah," jelas Mahathir.

Beliau kemudiannya berseloroh dan menyuruh Haron meneliti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Januari 1999 bahawa PAS akan menerima sesiapa sahaja yang kononnya mahu menolong perjuangan kerajaan Islam."Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samaada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak ?

"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya boleh terima," kata Nik Aziz.
Justeru Mahathir mempersoalkan mengapa Haron tidak menggesa Nik Aziz supaya bertaubat kerana sanggup membina kerajaan Islam hasil bersekongkol dengan syaitan.

Mahathir berkata Haron sepatutnya meminta maaf daripadanya kerana menyuruhkan bertaubat akibat salah fahamnya bersabit dialek pepatah Inggeris itu.

Photo: Rencana di Mingguan Malaysia hari ini. "Siapa Patut Taubat?"

"Tapi saya maafkan dia kerana manusia memang lemah dan tidak lepas daripada buat kesalahan," katanya lagi.Mahathir juga berkata sebaik sahaja PAS ditubuhkan perpaduan dan persahabatan orang Melayu Islam mula retak dan pecah.Ia ekoran sikap PAS yang terdesak mencari sokongan dan meraih undi orang Melayu di Malaysia."

Tuduhan yang pertama adalah orang Melayu kafir. Saya tidak percaya bahawa orang Melayu terima dakwaan ini.

"Tapi rupa-rupanya tuduhan sebegitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS, kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuhkan, tanah perkuburan berasingan antara orang PAS dan Umno dan berlaku perceraian kerana berlainan fahaman politik," jelas Mahathir.

Tambahnya lagi, Umno berpegang pada ajaran bahawa Islam adalah Ad-dean, cara hidup termasuk politik. Atas dasar itulah, Umno berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.

"Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan Rakyat yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama.

"Tetapi Umno tidak tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang berkepentingan, Umno akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita orang Umno masih mahu bersuadara dengan orang PAS seperti yang ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara," ujar Mahathir lagi.

2 comments:

Anak Johor said...

SYABAS TUN, A TRUE ISLAMIC LEADER. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI, SAMA SAMA LAH KITA TERUS BERTAKWA DENGAN NYA. SEMOGA TUN SIHAT SELALU............AMIIN.

Anonymous said...

Pepatah melayu yg bolih membawa pada batil perlu ditinggalkan... begitu jua pepatah Inggeris....
Nak tergelicir bukan pada makna saja..tapi apa yg dipetuturkan...harap ini jelas....
Sungguh pun saya tak setuju dengan Haron Din yg memilih untuk sunyi dgn Nik Aziz dalam hal terima tolongan syaitan...namun sesiapa pun perlu lebih berhati hati dalam mengeluarkan perkataan yg bolih tergelincir..tak kira fasih maupun gagap..

Haron dahlah tak adil..jangan kita ikut sama...
Nik Aziz dahlah angkoh dgn kebenaran ..Moga Tun tidak terikut sama...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive