Ahli PAS Sokong Pendirian Majlis Syura Ulamak..!!


Kesemua ahli Pas perlu menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain selain umat Islam.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (gambar) berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengarahkan pihak luar mematuhi pendirian majlis itu berhubung perkara tersebut.

"Pendirian terkini Majlis Syura Ulama Pas dalam isu ini adalah jelas dan disokong 100 peratus ahli-ahli Pas.

"Terpulang kepada pimpinan tertinggi pakatan pembangkang mengubah pendirian yang diumumkan sebelum ini atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Johor mengulas desakan pelbagai pihak yang meminta Pas menyatakan pendirian sama ada parti itu kekal dengan persetujuan bersama pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah atau akur dengan ketetapan Majlis Syura Ulama Pas.

Pada 8 Januari lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Pendirian bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengubah pendirian masing-masing setelah mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain. Utusan

5 comments:

Anonymous said...

bubuh masalah kpd majlis syura la pulak...pundek la pas

Anonymous said...

President kata BOLEH..syura kata TAK BOLEH..kesimpulannya untuk PAS = BOLEH BLAH..

Anonymous said...

pening aku, yg mana satu nak ikut ni, yg mana satu betul ni, kalau ikut majlis syura nanti takut TG kata tak masuk syorga plak aku sbb tak ikut cakap dia.. kalau ikut TG nanti aku gadaikan akidah aku plak..
bercelaru aku dgn parti pas ni..

Anonymous said...

Kenapa Haji Hadi sendiri tak berani nak umumkan bahawa beliau menarik balik keputusan yang telah di persetujui pada 8hb. Januari tersebut. Kenapa diam je. Kenapa umum di belakang melalui Majlis Syura PAS. Sedangkan keputusan itu adalah keputusan bagi pihak PAS. Tapi bagi pihak persetujuan bersama masih belum di tarik balik. Seolah-olah keputusan bersama PKR dan DAP masih di terima pakai. Jangan lah memperbodoh diri sendiri dan juga kepada semua ahli PAS. Ini bermakna PAS masih lagi bersubahat dengan DAP dan PKR.

Anonymous said...

kami nak malkulmkan bahawa ISLAM bukanmilik PAS PIS PUS...ada fahamkah...hukum ALLAH untuk seluruh alam..jangan dok buat fatwa songsang tak tentu pasal lagi.Ingat noo..al-quran itu allah turunkan untuk seklian umat manusia. Jangan jadi macam sarip dol yang mangkuk tu. Ramai sangat samdol dalam PAS. terutama sekali hadi awang, nik aziz, kahlid samad, mat sabun, dan ramai lagilaaaa.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive