Marah bukan kepalang para pemimpin dan penyokong PR bila mana stesen TV swasta seperti TV3 dan Astro membuat siaran langsung semasa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto BN tempohari.
Mereka merungut dan mengkritik sana sini mempersoalkan kenapa PR hanya ditawarkan 10 minit sahaja untuk pembentangan manifesto, sedangkan BN pula diberi kelebihan jauh lebih baik dari itu.
Soal rungutan sebegitu tak berkudis pun. Cuma yang tak sedapnya apabila ada penyokong PR yang vokal melampau seperti blog suarapakatanrakyat.com agak keterlaluan apabila menerbitkan artikel bertajuk Manifesto BN: Perangai Astro & TV3 Macam Babi !!
Entah apa kaitan binatang babi dengan isu ini sukar dikenal pasti, tapi jika TV3 dan Astro macam babi, adakah kakitangan yang bertanggungjawab melicinkan operasi kedua-dua stesen TV itu pun dianggap setaraf dengan babi juga?
Harap bukan itu yang dimaksudkan. Namun dibaca dari tulisannya jelas sekali blog tak bertamadun itu cuba menghamburkan kemarahan semaksimum mungkin terhadap TV3 dan Astro yang dianggapnya tidak adil.
Mungkin sebab itulah terpancur perkataan babi.
Kot iya amarah sangat, tak payahlah nak dikaitkan dengan babi. Sedangkan ramai petugas dan wartawan pelbagai media sebelum ini terutama dari TV3 dan Utusan sering dihalang membuat liputan di sidang media dan program anjuran PR, pun tak pernah melabelkan pemimpin PR sebagai babi.
Tapi, dalam banyak-banyak binatang atas dunia ini, kenapa babi juga yang menjadi sebutan.?
Mungkinkah sebab teringat kisah lima ekor babi panggang yang menjadi jamuan pemimpin DAP sempena kejayaan mereka menawan 5 negeri dalam PRU 12 tahun 2008 dulu. Entah ada kaitan ke tidak tak tahulah.
Apa pun, memang cukup pelik dan unik perangai orang PR baik penyokong mahu pun pemimpinnya, agaknya masing-masing terlalu banyak bercakap dari kerja buat mungkin itulah sebabnya mudah terlupa apa yang pernah mereka perkatakan selama ini.
Bukankah selama bertahun-tahun sedari dulu lagi mereka sendiri yang menganjurkan supaya penyokong PR memboikot media perdana khususnya TV3 yang digelar sebagai pembohong dan tiga suku?
Alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu bersiaran langsung dengan media yang dikatakan pembohong, tiga suka yang telah lama diboikot. Tak malukah? Nampak gayanya yang betul-betul tiga suku sejak azali adalah pemimpin PR dan penyokongnya, tak begitu?
7 comments:
media dikuasai kerajaan pr adex bagi ruang pade pemimpin bn...cth nye di selangor, media kerajaan negeri ade ke bagi ruang pade pemimpin bn dlm selangor kini n tv selangor...kalo xde jgn la nk bising bile media kerajaan mcm rtm xbg ruang pade pembangkang...
Cuba buka blog Empayar Pemuda. Cari Hot: UGUTAN BUNUH SEBAGAI UPAH APABILA PENDEDAHAN INI DI-BUAT… #GE13 # PRU13 #TOLAK PR #PG13.
memang sial DAP.tengok jangan tak tengok.
TV3, ASTRO tidak mahu terlibat dengan janji kosong PR.. janji tak tepati.. TAWARAN JANJI KOSONG..hahah
PRU13: Penamaan calon 20 April, pengundian 5 Mei
Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.
akhbar2, saluran radio dan televisyen pembangkang langsung tidak pernah menyiarkan berita2 yang baik terhadap kerajaan pusat...utusan malaysia yang menjadi sasaran kutukan mereka pun ada kalanya menyiarkan isu2 yang positif terhadap negeri2 pembangkang....kebebasan media cara pembangkang...u ulang i saman u :)
Org memberi kita merasa...org berbudi kita berbahasa.
Itu pepatah melayu yg hingga kini masih diguna pakai.so...kalau PR nak masuk tv3 n astro lama,kena la berbudi dan kena lah berbahasa.
Lagi diorg marah lg berjaya lah strategi umno sbb berjaya buat diorg sakit hati.. Kalo dah kebuluq sgt nak kuar tv g la kat tv aljazeera ke or tv luar yg slalu sokong mrk tu..
Post a Comment