Wan Azizah Menangis Kerana Dipaksa Oleh Anwar Ibrahim Semasa Berjumpa Zulkifli Nordin!!!!



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zulkifli Nordin mendakwa beliau tidak mengosongkan kerusinya kerana Anwar sendiri tidak yakin mampu menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.

“Sebaliknya (Anwar) yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu", katanya ketika menafikan tuduhan Syed Husin yang mendakwa dirinya meminta RM60,000 untuk kosongkan kerusi tersebut.

“Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh.

“Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!

“Malah Wan Azizah membuat komen ‘apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non. Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke?’ kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama Bang Non," tulis Zulkifli.

Bagi beliau, segala tohmahan dan tuduhan Syed Husin itu direkayarsa dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaannya kerana berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit politik Anwar. MPP

6 comments:

C L J said...

Cerita dari orang orang yang ada hubungan secara langsung. Jelas sanadnya ....

Anonymous said...

Saya percaya dgn cerita bang zolkifli,apa pun org kata x mungkin org mcm bang zol sanggup menipu,byk hal yg bang zol buat & berkorban untuk kepentingan agama bangsa & tanah air,bang zol bukan lebai malang,lebai bukan sebarang lebai,bukan pak sanggup,malah pada saya bang zol adalah seorang pejuang yg berani mati,untuk agama bangsa & tanah airnya INSHA ALLAH...

Anonymous said...

setuju dgn kenyataan anony 7:25, cukup2 la tu bang non, berapa banyak lagi kerosakan dan perpecahan umah nak di lakukan demi agenda politik bang non.

Anonymous said...

Saya setuju Syed Hussin ada maselah imej - imej kominis - yang menyebabkan dia tak dapat jadi Yang Berhormat sampai ke tua.

Kesian dia. Tapi kalau sampai tulis buku, serang orang cara personal, tak sangka dia boleh buat begitu.

Apa kah dia sudah desperate?

Anonymous said...

Saya lebih percayakan YB Zulkifli Nordin dari Syed Hussin. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Zulkifli Nordin untuk terus membongkar kejahatan parti pembangkang yang jika dibiarkan mereka akan terus memecah belahkan perpaduan orang Melayu.

Anonymous said...

saya dengan ini memohon agar DS Wan Azizah tampil memberi kenyataan tentang apa yang dikatakan oleh YB Zulkifli Nordin..jika benar katakan benar..jika salah kata salah..bukan mencari kesalahan, tetapi kebenaran..jika dulu melaungkan dengan megah mahu kan kebenaran..sekarang buktikan

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive