Mat Sabu Memuji Pengganas Komunis, Karpal Singh Pula Mencuit Perasaan!!!



Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.

Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.

Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya. chedet

Mat Sabu Perlu Di Hantar Berperang...!!!!

Ini adalah video yang dirakam oleh Dr Airil Yasreen Mohd Yassin, seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Di dalam video ini beliau berhujah mengapa beliau tidak bersetuju dengan pandangan YB Mat Sabu berkenaan peristiwa bersejarah Bukit Kepong dan mengapa beliau tetap mempertahankan perjuangan polis-polis Melayu Bukit Kepong khususnya, dan perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu amnya.


Untuk melihat Video ini Klik Disini


MAT SABU BAKAL DI PENJARAKAN..!!!



Polis kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara, selepas kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dihantar kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan dihantar sudah dilengkapkan bersama maklumat hasil siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Kita sudah jalankan tugas dan hanya tunggu arahan daripada pihak atasan, sama ada untuk tindakan selanjutnya.

“Terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes itu, selepas menilai kertas siasatan yang diserahkan,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Kelmarin Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan kertas siasatan berhubung kes dihantar ke Bukit Aman kelmarin untuk diteliti dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Menurutnya, keterangan Mohamad Sabu direkodkan pada Ahad lalu, manakala sebanyak 68 kenyataan turut diambil termasuk daripada pemberita, saksi bebas serta individu yang membuat laporan polis terhadapnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail turut melahirkan rasa kecewa serta kesal terhadap tindakan Mohamad Sabu yang dilihat cuba memutarbelitkan fakta sejarah.

“Kita tidak tahu apa motif beliau. Jika dilihat kepada jumlah 4,643 bilangan individu yang terkorban termasuk polis, askar dan orang awam pada kedua-dua fasa darurat ketika zaman Komunis, beliau sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Orang ramai juga boleh menilai sendiri, apakah wajar atau tidak tindakan tersebut (mengeluarkan kenyataan),” katanya. Sinar Harian

Utusan Mengarut - Nik Aziz


“Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu,” dakwa Mursyidul Am PAS.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

“Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

“Sedangkan benda itu ada. Ini kerana ‘orang putih’ tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

“Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

“Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan. MPP

Mat Sabu Mahu Ching Peng Kembali Ke Malaysia..!!!



Selepas berjaya menimbulkan isu komunis dan Mat Indera kini Mat Syabun terus mara dengan kegilaannya yang sudah tidak terkawal lagi. Mat Syabun sudah tidak takut lagi untuk membangkitkan sebarang isu walaupun ianya bakal mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada negara sebab kerajaan Barisan Nasional khususnya KDN sudah terlalu lemah dan tidak berdaya lagi untuk bertindak walaupun sudah berlori-lori kertas laporan polis dibuat terhadap Mat Syabun.

Keadaan itu telah memberikan ruang serta peluang yang cukup luas kepada Mat Syabun untuk mempengaruhi mana-mana pihak supaya terpengaruh dengan cerita yang dibawanya. Luangkan masa untuk membaca seterusnya kerja terkutuk oleh Mat Syabun di sini.

Kalau isu komunis dan Mat Indera telah mendapat maklumbalas yang begitu memberangsangkan daripada pelbagai pihak, nampaknya Mat Syabun menjadi semakin sangat seronok dan kini beliau meneruskan misi jahanam beliau bersama PAS untuk melaga-laga semua waris keluarga kepada para pejuang kemerdekaan di negara ini. Sejarah kemerdekaan negara yang sekian lama telah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia kini sudahpun dicemari oleh perbuatan gila Mat Syabun.

Apa lagi fungsi KDN yang sebenarnya di negara ini ? KDN dibawah kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin perlu mengambil tindakkan terhadap Mat Sabu dan humban Tmbalan President Pas itu kedalam ISA. Kini Segelintir pemimpin-pemimpin PR kini semakin berani menimbulkan suasana ketakutan dalam kalangan masyarakat di negara ini, harap KDN dapt Mengambil Tindakkan...!!! Dari Anak Merdeka

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive