PAKATAN RAKYAT MAHU TRAGEDI 13 MEI DI ULANGI..!!!!!


Pada perayaan sambutan kemerdekaan ke 55 tahun, pembangkang benar-benar menampakkan belang mereka sebenar.

Bermula dengan tindakan menolak tema 'Janji Ditepati' dan menukarnya kepada 'Sejiwa Sebangsa Senegara' dan seterusnya menyambut perayaan ulangtahun kemerdekaan secara berasingan dengan menggunakan tema rekaan sendiri, Pakatan Rakyat telah mendedahkan perancangan licik mereka sekiranya berjaya merampas Putrajaya.

Ini dibuktikan dengan tindak tanduk biadap penyokong pembangkang memijak-mijak gambar Perdana Menteri dan melakukan aksi yang sungguh mengaibkan kepada gambar pemimpin utama negara.

Tidak cukup dengan itu, penyokong pembangkang yang bertindak liar dan seolah-olah sudah hilang pertimbangan yang rasional telah menghina gambar isteri Perdana Menteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seperti perhimpunan haram Bersih 1.0 dan 2.0, himpunan Janji Demokrasi pada ambang 31 Ogos lalu telah dieksploitasi sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda untuk bertindak di luar batas undang-undang.

Golongan muda telah dijadikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai balaci untuk menjalankan politik kotor mereka.

Ini termasuk mengibarkan bendera baru bagi Malaysia ciptaan pembangkang yang mereka panggil Sang Saka Malaya.

Tindakan tersebut terang-terang boleh ditakrif sebagai menentang Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung kerana bendera Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan simbol Ketua Negara Malaysia.

Di Selangor, Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim lebih tinggi kedudukan daripada Sultan yang bersemayam di takhta.

Tidakkah ini membawa maksud jelas bahawa jika berkuasa antara perkara yang dipertama akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah menghapuskan institusi raja-raja Melayu.

Tindakan tidak menjemput Sultan Selangor pada sambutan kemerdekaan serta membenarkan Anwar berucap walaupun beliau hanya Penasihat Ekonomi yang bergaji RM1, jelas membayang tragedi ngeri yang bakal menimpa negara jika pembangkang dibenarkan memerintah.

Walaupun pemimpin pembangkang dari PKR, PAS dan DAP berpura-pura kononnya tidak tahu menahu mengenai tindakan peserta Janji Demokrasi serta menafi terbabit, Pakatan Rakyat tidak lagi boleh berselindung bahawa merekalah dalang sebenar.

Pembangkang sudah tidak ada jalan lain lagi untuk menfitnah Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Semua fitnah dan tohmahan tidak memberi apa-apa kesan, malah jika dilihat daripada lebih 150,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Bukit Jalil, pembangkang berada keadaan yang amat tertekan dan panik.

Kini taktik pembangkang hanyalah satu iaitu mencetus kekecohan, rusuhan jalanan dan memporak-perandakan negara.

Mereka bukan sahaja telah menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agung dan Sultan Selangor tetapi juga menanam bibit-bibit kebencian di dalam jiwa anak-anak muda.

Daripada membimbing generasi muda ke arah jalan yang menguntungkan negara, pembangkang memilih untuk merosakkan pemikiran dan minda mereka.

Tidak lain tidak bukan ini semuanya adalah perancangan rapi Anwar untuk mengambil alih pemerintahan negara dengan menukarnya kepada sistem republik.

Anwar mahu mengapi-apikan emosi golongan pelajar dan muda supaya bertindak ganas melakukan revolusi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipinan semasa krisis kewangan yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1998 dahulu.

Bukankah beliau pernah berkata seperti mana 'Arab Spring' yang menjatuhkan pemerintahan di Tunisia, Mesir dan Libya, beliau juga menjangkakan 'Malaysian Spring' akan juga berlaku di negara ini.

Apa yang berlaku di persekitaran Dataran Merdeka pada malam menjelang 31 Ogos lalu adalah amat menakutkan kerana ia menandakan senario yang lebih dahsyat sekiranya perkembangan membimbangkan ini tidak dibendung segera.

Apakah rakyat akan melihat keadaan yang yang lebih kecoh dan huru hara semasa kempen PRU ke 13 nanti?

Pembangkang tahu rakyat kini tidak menyebelahi mereka lagi kerana tembelang busuk mereka telah pecah.

Jadi untuk memastikan impian ke Putrajaya tidak terbantut dan cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak terkubur, Anwar dengan bantuan dana serta media asing akan berusaha untuk menggambarkan imej buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun ada rahmat disebalik apa yang berlalu pada malam 31 Ogos tersebut.

Rakyat kini sedar dan insaf sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat pada PRU nanti, tidak ada jaminan pembangkang tidak akan menindas hak-hak mereka pula.

Pembangkang hanya menggunakan rakyat sebagai jalan pintas ke Putrajaya namun ingatlah pepatah Melayu, habis madu sepah dibuang.

Bendera Sang Saka Malaya Bendera Asal Tanah Melayu...!!!


Shah Alam: Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

"Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

"Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya. Sinar

HOT BEB..!!!!! Blogger Omak Kau Dah Tak Betul Bangang Meroyan...!!!

alt

Semalam tersebarnya gambar Datin Sri Rosmah bersama pelajar-pelajar tahfiz ketika rumah terbuka Datuk Sri Noh Omar.

Gamar-gambar itu telah dimainkan blogger pembangkang yang terlalu bencikan Datin Rosmah dan gambar tersebut telah diputar belitkana ceritanya sehinggakan Harakah pun tersalah jugak.


alt

Blogger tersebut tidak sepatutnya memainkan gambar itu tampa penjelasan dan pengetahuan dari mana-mana pihak.



Hari ini Blogger yang terlalu bangang meroyan itu telah diserang bertubi-tubi apa bila KLPOS.COM  menyebarkan gambar Datin Rosmah bersalaman dengan pelajar tahfiz dan artikel balas kepada Harakah. dengan itu bloger bangang meroyan pun membuat artikel membela diri dan menyalahkan KLPOS jugak dan Papa Gomo.

Apa yang pelik artikel membela dirinya itu adalah salah sama sekali tidak betul kepada siapa blogger bangang meroyan tu nak salahkan??, adakah blogger tersebut suda tidak betul??

Masa Bila pulak KLPOS.COM bertukar kepada KLPOS.BLOGSPOT..!!!!

Sememangnya blogger Omak Kau..!!! perempuan gila meroyan ini sudah tidak betul..




Agenda ‘Republik Malaysia’ Semakin Ketara


Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut. Dalam himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura ‘diperkenalkan’. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini. Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa ‘khianat’ terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.

Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam. Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.

Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik.

Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan.

Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.

Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam. Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus.

Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.

Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka ‘tapak’ dan alasan untuk ‘menjajah’ dan menindas kaum Melayu.

Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.

Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini. Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.

Justeru, bendera ‘baru’ Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini. PAS? Abaikan saja … parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Mengakui Kerajaan Negeri Tidak Menjemput Sultan Selangor,..!!!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri yang berlangsung malam Jumaat lalu.

"Memang tak ada dalam program menjemput (Sultan). Memang biasa tiap-tiap tahun kita membuat cara ini, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Sultan Selangor dibelakangkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini.

Beliau turut menafikan bahawa Sultan Sharafuddin murka dengan tindakan kerajaan negeri itu dan berkata Sultan Selangor telah diberi penjelasan mengenai perkara itu. KLIK DISINI

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive