Pada Rabu yang lalu D.Y.M Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah bertitah tentang Ketuanan Melayu dan beliau bersetuju dengan Raja-Raja Melayu yang lain supaya mempertahankan kedaulatan tersebut
Beliau menggesa kepada semua rakyat supaya bermuhasabah diri dan mempertahankan Ketuanan Melayu memandangkan ada orang melayu sendiri yang mahu menolak Kedaulatan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.
Titah Baginda, "Beta menyeru sekelian rakyat supaya segera kembali kepangkal jalan dan bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan negara ini". Berdasarkan perkembangan semasa sekarang ini orang melayu dilihat telah berpecah belah dan tidak lagi melihat yang negara ini adalah negara yang masih Beraja.
Baginda berpendapat istilah Ketuanan Melayu lebih sesui disebut "Kedaulatan Melayu" kerana ia mencakupi kedudukan Raja-Raja Mmelayu dan Rakyat bukan soalnya "tuan" atau "hamba".
Menurut Baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu maka negara ini sudah tentu diserahkan kepada tuannya Raja-raja melayu dan rakyatnya. Ini kerana sebelum kedatangan British tuan kepada negara ini adalah kepunyaan Raja-raja Melayu dan rakyatnya.
Sebelum negeri-negeri menjadi Persekutuan, raja-raja melayu dan rakyatnya menerima kedatangan orang luar untuk menjalankan perniagaan di tanah melayu dan mencari rezeki pada ketika itu. Apabila sudah menjadi Persekutuan hak-hak kaum lain terus dijaga dan dijaimin oleh Perlembagaan.
Di tanah melayu, sistem raja dan kerajaan melayu telah lama beratsan wujud bertahun yang lama dahulu dan telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan sekarang ini. Konsep kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-Raja melayu, Islam Agama sebagai rasmi , Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan manakala hak-hak kaum lain juga tidak pernah meliahat orang lain sebagai orang luar di negara ini.
Baginda meminta golongan ulama memainkan peranan menjelaskan dan mempertahankan ketuanan Melayu selain menegakkan hukum-hukum syarak.
2 comments:
Terimakasih kerana memautkan blog saya di dalam bloglist anda dan menjadi "Followers". Blog anda telah saya pautkan di bawah kategori "Blog Followers J - O"
InsyaAllah, Semoga dapat bersama kita membangunkan negara.
T.Q
Post a Comment