UMI HAFILDA MEMULAKAN OPERASI SAMAN-MENYAMAN....!!!!!


Dalam sidang media yang dibuat oleh Umi Hafilda, beliau telah memberitahu bahawa salah seorang saksi Anwar Ibrahim pada 10 tahun yang lalu telah muncul semula untuk memberi keterangan dan akan menolong Umi Hafilda dalam kes saman beliau.

Umi Hafilda akan meneruskan usaha beliau untuk menyaman lima individu dan satu parti iaitu Mat Sabu, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Azmin (Abang kepada Umi Hafilda), Wan Azizah dan Parti PAS.


Anwar Ibrahim akan disaman diatas salah laku menggunakan kuasanya semasa beliau memegang jawatan Timbalan Perdanamenteri yang menyebabkan Umi Hafilda ditahan pada tahun 1997. Azmin juga akan dikaitkan saman sebanyak 300 juta kerana telah bersubahat dengan Anwar Ibrahim dalm kes penahan beliau pad tahun tersebut.


Mat Sabu dan Karpal Singh lah orang yang menyuruh Umi Hafilda membongkarkan kes liwat Anwar sehinggakan Umi Hafilda ditangkap dan mereka tidak menampilkan diri untuk memberi keterangan apabila Amwar dibicarakan dan mereka inilah yang mempunyai maklumat di atas salah laku liwat Anwar.

Penangkapan Umi Hafilda pada 17 Ogos 1997 sebenarnay mahu menutup segala konspirasi kes yang telah dilakukan oleh Anwar dan Azmin. Beliau ditangkap dua hari selepas menulis sepucuk surat.


Konspirasi yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Azmin melibatkan maruah dan hargadiri beliau sekaligus turut menjejaskan perniagaan beliau pada ketika itu.

Umi Hafilda menyifatkan Karpal Singh sebagai peguam yang "tidak amanh" dan akan menyaman Karpal sebanyak 200 juta serta PAS juga akan disaman sebanyak 100 juta di atas tuduhan mencemarkan maruah beliau dan Wan Azizah juga 100 juta. Jumlah kesemua saman terhadap lima individu dan parti PAS itu bejumlah 700 juta.


Post By....MAN LAKSA

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive