Kampung Puah Lembah Dan Enam Lagi Kampung Di Parlimen Wangsa Maju Akan Jadi Malay Town - DS Utama Raisyatin


Hari ini berlangsungnya Merakyatkan Seni Budaya dan Majlis Perasmian Kampung Warisan di Kampung Puah Lembah Parlimen Wangsa Maju. 


Program yang dijalankan itu di hadiri oleh Menteri Kebudayaan dan kesenian Dato Sri Utama Rais Yatim, turut mengiringi beliau Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju dan Pngurusi Barisan Nasional Wangsa Maju Dato Shafie Abdullah dan bersama.

Ynag mengejutkan hari ini adalah kehadiran bekas Ahli PKR Wangsa Maju yang juga Ahli Prlimen Wangsa Maju YB Wee Choo Keong. 



Dalam ucaptama pembukaan oleh Dato Shafei Abdullah tadi beliau menyampaikan hasrat para penduduk Kg Puah Lembah melalui Umno Wangsa Maju untuk meminta pihak kerajaan Persekutuan mengiktiraf Kg Puah Lembah serta 6 lagi Kg yang lain dalam Wangsa Maju sebagai Kg Warisan.

Menuruy Dato Shafei, Kg ini telah wujud sejak sebelum Merdeka lagi malah waris yang ada hari ini pun sudah masuk generasi yang ke 4. Kewajaran bagi pihak umno untuk memperjuangkan masyarakat di Kg Puah dan 6 kg yang lain akan di teruskan.







DS Utama Rais Yatim melahirka rasa bangga dengan semangat dan perpaduan penduduk kampung Puah Lembah bergotong royong dan berasa bangga melihat masih ada lagi kampung di sebalik hutan batu di Kuala Lumpur.

Dalam ucapanya juga  beliau menyuarakan hasrat untuk menjadikan Kampung Puah Lembah sebagai Kg Warisan dan akan dikenali sebagai Malay Town


Kata beliau "kaum Tiong Hua mempunyai China Town, kaum India mempunyai Little India di Brickfields namun di mana kawasan Melayu? Oleh itu Umno Wangsa Maju mesti mempertahankan Kg Puah Lembah ini yang sudah wujud sejak sebelum Merdeka lagi.


Beliau meminta supaya  Kampung Puah Lembah ini di panggil dengan nama Malay Town dan di pamerkan kepada pelancung bahawa di kampung tersebut masuh ada seni dan kebudayaan...


0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive