PAS Ketagih Undi Melayu, Nak Buat Kovensyen Melayu Pulak...!!!! - Mahfus


PAS mula terdesak dan terguat apabila sudah 2 PRK mereka tewas dengan kesemua mejoriti orang melayu tidak memilih PAS kebanyakan yang memilih parti itu hanyalah orang buakan melayu. Sungguh tidak disangka Mahfuz telah menyuarakan untuk membaut kovensyen Melayu diaman selama ini PAS hanya perjuangkan islam bukannya orang melayu. Petikan Dibawah Dari The Malaysian Insiders:-


PAS menegaskan usaha pihaknya mengadakan konvensyen berteraskan orang Melayu Sabtu ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak termasuk Perkasa yang selama ini dilihat lebih ke depan dalam memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera. Malah, PAS juga menegaskan, penganjuran Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS tidak mengetepikan dasar perjuangan Islam yang dibawa pihaknya selama ini.


“Kita bukan nak atasi sesiapa termasuk Perkasa tetapi kita mahu memberi keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera tentang hak mereka walaupun Pakatan Rakyat memerintah, kita hanya mahu memberi penerangan kepada mereka. Kita juga bukan nak berlawan dengan DAP dalam perkara ini, mereka tahu apa yang kita buat,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pada sidang media hari ini.


Perkasa yang terajui Datuk Ibrahim Ali telah memainkan peranan yang besar dalam isu yang membabitkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera temasuk dalam isu Model Baru Ekonomi (MBE) dan 30 peratus ekuiti Bumiputera. Tambah Mahfuz, konvensyen satu hari itu akan memberi penerangan menjawab isu-isu berbangkit terutamanya yang melibatkan tuduhan Umno terhadap PAS dengan hasrat untuk menghakis keyakinan rakyat kepada parti Islam itu.


“Dalam konvensyen ini, kita akan bincang soal masalah orang Melayu dan Bumiputera selain menjawab isu-isu berbangkit tentang segala tuduhan yang dibuat Umno terhadap PAS. Ini yang dimainkan pemimpin Umno selama ini yang mana mereka mahu memberikan sentimen bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan orang Mealyu dan Bumiputera,” katanya. Beliau juga mendakwa keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir disebabkan kelemahan sistem pemerintahan negara yang gagal untuk mempertahankan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Dalam tempoh 53 tahun, soal-soal orang Melayu dan Bumiputera tidak diambil berat. Kelemahan politik dan pemerintahan negara dilihat sebagai punca kegagalan untuk mempertahankan agenda orang Melayu dan Bumiputera, semua yang dilakukan dalam tempoh ini berkecamuk,” katanya. Jelas Mahfuz, keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang terpinggir adalah disebabkan kegagalan Umno-Barisan Nasional (BN) selama menjadi pemerintah. “Melayu dan Bumiputera terpinggir dan terancam disebabkan Umno-BN, mereka gagal membawa perubahan. Umno yang menyebabkan kepada masalah orang Melayu dan Bumiputera,” katanya.




Post By....MAN LAKSA

1 comments:

Anonymous said...

Mengapa PAS cuba mengaitkan MELAYU dalam perjuangannya? Bukankah NIk Aziz berkata, dalam perjuangan PAS,hanya Islam yang diutamakan,kalau dimasukkan bangsa ( MELAYU )itu sudah assabiah?
PAS mesti tetap pendirian..sejak bersahabat baik dengan DAP,bangsa (MELAYU )dah sudah semacam tabbo kpadanya,kenapa tiba-tiba nak buat Konvensyen MELAYU pula? Dalam PAS ,ramai yang bijak pandai,tetapi tak ada seorang pun yang berani menyanggap pendapat/tafsiran dangkal Nik Aziz mengenai Islam dan Melayu ni, kenapa?

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive