Surat Khabar Berbahasa Cina terus menerus mengkritik Tun Mahathir.



Nanyang Siangpau
Perkara: pandangan Tun Mahathir?
Ruangan: Opinion Yuan Lun m/s A16
Tarikh: 15 Februari 2011 (Selasa)
Tajuk:
Kritis Bahasan Mahathir
Koh See Kien/ Pengkritik semasa

Pada 12 haribulan ini bekas perdana menteri dalam artkel dilema Melayu memberi pandangan dan berakhir seperti berikut, dalam perbahasan itu ada 2 perbahasan yang dikatakan amat penting, yang pertama kerana orang-orang Melayu berpecah menyebabkan orang-orang Melayu perlu dapat sokongan dari kaum lain untuk menyokong kerajaan dan kerajaan baru boleh berkuasa, yang kedua DEB disalahguna oleh orang-orang tertentu, tetapi ia perlu diteruskan jika tidak orang-orang Melayu akan kalah dan tercicir.

Sebenarnya 2 perkara itu memang perlu dibahaskan pada hari ini, dan ia bukan sahaja terhenti dengan isu-isu itu begitu sahaja.

Kerana selepas Merdeka pada tahun 1957, orang-orang Melayu berpecah kepada 3 kumpulan, kumpulan yang terbesar ialah UMNO, kedua Pas seterusnya kumpulan orang-orang Melayu yang bersayap kiri, tetapi pada PRU tahun 1959 dan 1964, Perikatan menang besar, kedudukan UMNO semakin hari semakin kuat, dan tidak diperhatikan oleh Mahathir sendiri yang tidak mengsyaki berlaku perpecahan dalam orang-orang
Melayu dan pada masa itu bliau tidak kritik orang-orang Melayu telah berpecah dalam politik.

Pada PRU tahun 1969, Perikatan hadapi kekalahan yang tidak diduga, parti pembangkang menang besar, pada masa itu Mahathir juga kalah dalam PRU, menimbulkan kemarahan beliau dan mengkritik Tunku Abdul
Rahman mengatakan pemerintahan Tunku kurang baik. Selain daripada hampir kehilangan kerajaan Pulau Pinang, pada masa itu juga Perikatan kehilangan kuasa majoriti 2/3 di Parlimen.

Seterusnya berlaku yang tidak diingini peristiwa 13 Mei tumpah darah antara kaum, negara dalam keadaan perintah berkurung.

Apabila Mahathir membuat asakan, Tunku terpaksa serahkan kuasa pada timbalannya Tun Abdul Razak. Pada tahun 1972 Mahathir dibenar masuk semula UMNO (kerana pada peristiwa 13 Mei Tunku tarik keahlian Mahathir dari UMNO; pada tahun 1971 Tunku besara dan berundur diri).

Perpecahan Orang Melayu Goyangkan UMNO

Selepas peristiwa 13 Mei, kekuatan orang-orang Melayu berkisar pada tampuk kekuasaan UMNO, walaupun pada masa itu Pas kuat tetapi Pas telah dimasukkan ke dalam kerajaan campuran, sehingga pada tahun 1977 Pas keluar dari Perikatan dan tidak lagi sebagai ancaman besar kepada UMNO walaupun sudah keluar.

Sebaliknya setibanya zaman Mahathir, UMNO terima dua cabaran besar, yang pertama Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan Semangat 46 pada tahun 1989, pada tahun 1990 mencabar Mahathir mahu merampas kepimpinan kerajaan.

Pada masa itu akhirnya Mahathir menang besar, Tengku Razaleigh Hamzah hanya dapat membantu Pas menang kembali kerajaan Kelantan, pada masa itu Mahathir tidak anggap orang-orang Melayu telah berpecah dan boleh goyangkan dasar kepimpinan UMNO, (pada tahun 1996 Semangat 46 dibubarkan dan mereka kembali kepada UMNO, sekali lagi Mahathir menang besar dalam arena politiknya).

Kedua, pada tahun 1998 Mahathir lucutkan jawatan timbalannya Anwar Ibrahim, seterusnya berlaku Anwar Ibrahim tubuhkan PKR pada tahun 1999 bertanding di PRU.

Walaupun pada masa itu PKR tidak menang besar, tetapi telah membantu Pas menang dan merampas kerajaan Terengganu (mereka menang 27 kerusi Parlimen di Terengganu), menyebabkan Mahathir terpaksa susun semula stategi Barisan Nasional, termasuk mengatakan Malaysia sudah pun menjadi negara Islam.

Mahathir juga anggap jika bukan Anwar pecahkan UMNO, tidak mungkin Pas boleh menang besar. Beliau persalahkan orang-orang Melayu tidak bersatu dan mempersoalkan kenapa orang-orang Melayu tidak hormati kerajaan dan politik yang berdemokrasi ini?

Tuduhan Hamba Abdi Yang Terlalu Fanatik

Tahun 2004 pemerintahan Abdullah dengan semangat berkubar-kubar dan mendapat kuasa yang begitu luarbiasa besar, tetapi dalam pilihan raya tahun 2008 berlaku kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kehilangan 5 kerajaan negeri (selepas itu dapat rampas kembali kerajaan negeri Perak); bukan sahaja kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen, malah menjurus kepada model dwi kuasa politik telah terbentuk di
negara ini.

Sekali lagi Mahathir terus menuding Abdullah, mahu Abdullah letak jawatan.

Pada tahun 2011 Mahathir tidak begitu senang terhadap pemerintahan Najib, dengan lantang mahu orang-orang Melayu bersatu padu, jika tidak orang-orang Melayu perlu bergantung sokongan dari kaum lain untuk
terus memerintah.

Jika orang-orang Melayu terus berpecah, orang-orang Melayu akan jadi hamba abdi di negara ini.

Kata-kata seperti itu sangat fanatik, kerana sama ada Mahathir suka atau tidak suka, Malaysia adalah negara terdiri daripada berbilang kaum, kerajaan itu disokong oleh pelbagai kaum adalah memang adat dan
lumrahnya, jika tidak kenapa pada masa dahulu kerajaan Perikatan ditubukan dan sekarang ini dinamakan Barisan Nasional?

Kenapa dikatakan jadi "Hamba Abdi" pula? Adakah Mahathir tidak anggap pada tahun 1999 beliau perkukukan kuasa politiknya tidak terlepas daripada dapat sokongan dari berbilang kaum? Kenapa sekarang ini pula beliau berkata pada masa itu orang-orang Cina sokong Barisan Nasional kerana mahu selamatkan harta benda dan asset orang-orang Cina, ini adalah tomahan yang berat sebelah dan berpandangan tidak adil serta cuba menyusahkan perasaan orang-orang Cina.

Sebenarnya apa sebab orang-orang Cina sokong kerajaan pada masa itu, disebabkan kerana orang-orang Cina masih belum tahu matlamat dan tuju hala parti pembangkang yang sebenar, hanya anggap parti pembangkang itu sebagai duplikasi daripada model Tengku Razaleigh Hamzah, sebab itu parti pembangkang tidak dapat sambutan agrasif dari kalangan orang-orang Cina.

Cuma apabila setibanya PRU tahun 2008 orang-oranag Cina mahukan perubahan secara terdesak barulah berlakunya Tsunami politik itu.

Cabaran Najib hari ini ialah konsep Satu Malaysia beliau, sama ada ia  dapat dilaksanakan ataupun tidak dan tahap apa pula yang boleh dicapai yang boleh menggerakan politik dalam negara yang berdemokrasi ini,
Najib tidak langsung menggunakan apa yang dibahaskan oleh Mahathir berkaitan isu bahasan "Perkauman", dan Najib bukan orangnya yang berterusan mahu laksanakan program MEB selamanya untuk mendapatkan
sokongan.

Dengan itu apa yang dibahaskan oleh Mahathir seperti telah mundur kebelakang, menafikan kedudukan Model Ekonomi Baru dan mengkritik rancangan tersebut.

Petikan Dari Blog http://razlans.blogspot.com/



Post By....MAN LAKSA

3 comments:

dzimba MMIM said...

kaum Cina mahukan Melayu yang boneka macam Nik Aziz dan Anwar dan mereka suka lah. Mereka tetap tidak puashati kalau tidak dapat semua peha dan badan.

akan tetapi bukan semua orang Cina bersikap sebegitu..namun begitu sikap Nan Yang Siang Pau agak keterlaluan ini adalah kerana sikap pemimpin Cina juga yang tidak pandai untuk menjaga kaum mereka sendiri.

ajai62 said...

Assalam Bro

Orang cina ni memang rasis. Mereka memang suka orang Melayu berpecah supaya senang mereka nak tuntut perkara yang bukan-bukan. Kita tenguk sekarang macamana orang melayu Penang dibodohkan. Mungkin orang melayu Selangor dah mula sedar bila warisan nenek moyang kita dah diusik.Ramai kakitangan Kerajaan tak suka pakatan memerintah kerana cakap tak serupa bikin. Janji tak ditepati terutama janji pilihanraya. Habuk tak ada.

Akubas86 said...

read between the lines...

He preferred Datuk Najib views...shouldn't this be good. Your pointless title for this pointless article just makes you a bigot.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive