TPM Mahu Anwar Cepat Serahkan DNA Dan Selesaikan Kes Liwat Denagn Segera


TPM telah menyuarakn hasratnya kepada Anwar Ibrahim supaya mempercepatkan kes liwatnya dan menyerahkan DNA beliau secepat mungkin, ini kerana rakyat sudah menyampah dengan karenah Anwar yang asyik menangguhkan kes beliau.

Malangnya, isu perundangan bagi mendapatkan bukti keadilan terus dipolitikkan Ketua Pembangkang itu termasuk mengaitkan pihak lain bagi melepaskan ‘tengkuknya’.

Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak menyalahkan rakyat dengan demonstrasi yang telah dilakukan oleh rakyat dan NGO2 untuk mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada muka pengadilan. Jiaka Anwar tidak bersalah mengapa tidak mahu berkerja sama?

“Itu semua suara umum rakyat Malaysia yang mahu kebenaran. Semua orang menunggu-nunggu apakah Anwar bersedia memberikan DNA. Kalau dia tak melakukan apa-apa kesalahan macam saya, saya tak ada masalah memberikan DNA kepada pihak berkuasa,” ujar beliau. 

“Pokoknya kes beliau sedang dibicarakan. Secepat mana DNA itu diserahkan, maka lebih cepat ada keputusan sebab rakyat mahu keadilan..mesti ada ketelusan ..dan itu yang rakyat tuntut dari anwar,” katanya mengulas keengganan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel darah untuk DNA secara sukarela sejak 
pendakwaraya mengemukakan permohonan itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, minggu lalu.


“Kalau dia tidak bersalah, apa perlu takut. Buatlah dan mahkamah akan dapat fakta atau bukti kukuh serta buat keputusan yang kita semua tunggu,” katanya. Petikan Dari Agendadaily




0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive