Anwar Ibrahim Bergaduh Dengan Azmin Ali Di Sebabkan Rooney



LONDON - Wayne Rooney berkata, dia berada pada motivasi tinggi untuk memenangi kejuaraan ke-19 Liga Perdana England, ketika Manchester United bersedia untuk berdepan West Ham di Upton Park, hari ini.

United telah meraih 18 kejuaraan liga sama seperti musuh ketat mereka Liverpool.

Skuad Alex Ferguson akan memulakan perlawanan hari ini dengan lima mata mengatasi Arsenal, yang kurang satu perlawanan.

United akan berdepan Chelsea dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara minggu depan, disusuli Manchester City pada separuh akhir Piala FA.

Rooney mengakui membesar sebagai penyokong bekas kelabnya, Everton membuatkan dia lebih bersemangat untuk berhijrah ke United dan mengatasi rekod kejuaraan yang dicatatkan Liverpool.

"Saya membesar sebagai penyokong Everton, jadi menjadi sebahagian pasukan yang akan memintas rekod Liverpool bakal menjadi detik yang sangat manis. Ia akan memberi makna yang tidak terhingga buat pemain dan penyokong.

"Ia adalah detik yang saya fikirkan selama ini. Saya tahu semua penyokong Everton mahu kami melakukannya dan berharap kami mampu.

"Kami mengharungi perlawanan dengan seronok sekali, terutama sekali ketika anda sedang memburu beberapa kejuaraan,'' katanya. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive