Pembangkang Tolak Suruhan Jaya Diraja!!! - PM



Ini komen terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak mengenai sikap pemimpin pembangkang yang tidak pernah konsisten sehingga sanggup mengadaikan prinsip bila satu-satu perkara yang timbul timbul tidak menguntungkan mereka.

Tetapi pembangkang, kata Najib, akan akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.

Menurutnya, sikap pemimpin pembangkang itu jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung kontroversi video seks
yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya di sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menerima dua memorandum daripada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak Perdana Menteri bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video aksi seks melibatkan pelaku mirip pemimpin pembangkang.

Memorandum kedua pula mahu kerajaan menubuhkan sama ada Suruhanjaya Diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.

"Memorandum daripada Perkasa berhubung isu video seks menguatkan lagi hujah untuk dibawa kepada pengetahuan kabinet pada mesyuarat esok, manakala usul berkaitan kematian anggota kastam akan diperhalusi sementara menunggu siasatan polis selesai," kata Nazri :- Petikan Dari Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive