1. PECAT DAN
TUKAR PEGAWAI: Menteri Besar Haji Hadi Awang sebaik dilantik
menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan balas
dendam kepada penyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu pegawai
dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong Umno ditukar dan
dipecat.
2.
TUDUH BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN TANPA BUKTI: Haji Hadi
membuat ketika berucap di perhimpunan di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah selepas menang berkata, terdapat berlori-lori fail
penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, tetapi sampai sekarang
satu pun tidak dapat dibuktikan.
3. JANJI NAK BUAT KHARAJ: Pada 4
Disember Haji Hadi umum di Masjid Pulau Rusa bahawa akan mengadakan
Kharaj (cukai untuk bukan Islam) tetapi sampai sekarang tidak
dilaksanakan.
4. BERBOHONG JUMPA MINYAK DI DARATAN: Pada 25 Oktober 1999
Haji Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mengumumkan bahawa
telaga minyak ditemui di daratan Terengganu (Warta DarulIman 13-22
Disember 2000) dan akan jalankan carigali sendiri, tetapi pada
persidangan Dewan Undangan Negeri Haji Hadi berkata pada Disember 2000
berkata “Cuma ada tanda awal yang mungkin ada.”
5. WANG EHSAN HARAM:
Haji Hadi berkata di Gemuroh pada 20 Januari 2001 wang ehsan adalah
haram, tetapi selepas itu berkata halal pula setelah Kerajaan Pas
Terengganu turut mendapat wang berkenaan. Pada 4 Februari 2002 Haji
Hadi meminta semua agensi negeri yang menerima wang ehsan agar
mengambilnya.
6. BENAR TERNAK KHINZIR: Pada 15 Disember 1999 Haji Hadi
menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN sebelum ini
dengan motif mendapat sokongan bukan Islam, sedangkan sebelum ini
beliau menentang sebarang bentuk tolak-ansur dan pakatan dengan bukan
Islam/Melayu.
7. LULUS 8 LESEN ARAK: Dulu tuduh Kerajaan BN tidak Islam
kerana benarkan jual arak, tiba-tiba bila memerintah Kerajaan pada
tahun 2000 Pas Terengganu meluluskan 8 lesen penjualan arak di
Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian.
8. HADI BERPELUK-CIUM
DENGAN LIM KIT SIANG:Dulu pemimpin Pas kata tidak boleh
berpakat dengan bukan Islam kerana jadi kafir jika berbuat demikian,
tiba-tiba Pas bukan sahaja berpakat dengan DAP tetapi Haji Hadi
berpeluk-cium dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
9. BUKA DAN TUTUP
LOMBONG EMAS LUBUK MANDI:Dulu tuduh kerajaan BN zalim kepada
rakyat kerana tutup lombong emas di Lubuk Mandi lalu dibuka semula
kononnya untuk bela rakyat, tetapi sekarang ini ditutup kembali kerana
tiada sambutan dan tidak menguntungkan.
10. TARIK BALIK
PERUNTUKAN ADUN BN: Dulu pada tahun 2000 peruntukan RM100,000
diberikan kepada empat wakil rakyat BN kononnya Kerajaan Pas adil,
tetapi mulai 2001 dihentikan.
11. GUNA KERETA MEWAH: Dulu tuduh
pemimpin Kerajaan Umno guna kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001
Haji Hadi ketika beucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco
Kerajaan Pas menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan alasan untuk
lebih laju, selesa, elak kerosakan dan cepat sampai.
12. TIPU SULTAN
MENGENAI PENERBANGAN Haji Hadi sewaktu berucap di hadapan
Tuanku Al-Sultan berbohong dengan mengatakan kekerapan kapalterbang di
Terengganu ialah 11 penerbangan sehari sedangkan perkara itu tidak
benar sama sekali.
13. TAK BACA FATIHAH: Exco Pas Abu Bakar Chik
tidak baca al-Fatihah semasa mengimamkan solat Jumaat dipertahankan
oleh Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib dengan mengatakan baca
perlahan, tetapi mengapa pula Abu Bakar sujud sahwi?
14. WARTAWAN DITUDUH
KERA: Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun, Haji Hadi
melebelkan wartawan sebagai golongan yang lebih hina dari kera atau
tupai dan apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan
Haji Hadi berdalih bahawa dia tidak tuduh wartawan di Kuala Terengganu
tapi Ketua-ketua Pengarang di Kuala Lumpur. Pada Ogos 2002 Haji Hadi
berjumpa dan memuji pula Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur.
15. DAPAT MASUK KUSZA
TANPA SPM: Dapat masuk Kusza tanpa memiliki sijil SPM, terdiri
dari pelajar sekolah Pas di Kubang Lembik, milik Dato’ Harun Taib dan
Rusila milik Haji Hadi sendiri; sedangkan syarat yang ditetapkan oleh
KUSZA, pelajar mestilah lulus SPM.
16. BAHASA INGGERIS DITENTANG: Haji
Hadi berkata Pas menentang pengajaran matematik dan sains Bahasa
Inggeris tetapi peliknya ikut serta melaksanakan pengajaran itu di
peringkat sekolah agama negeri Terengganu.
17. SAR DIBELA TAPI
HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN: Mengecam sekolah kebangsaan
dan menghasut rakyat berkaitan isu penarikan bantuan kepada SAR tetapi
anak pemimpin Pas belajar di Sekolah Kebangsaan dan institusi
pendidikan milik Kerajaan.
18. PUSAT HIBURAN DAN UNISEX SALON: Unisex
saloon dan pusat hiburan dikatakan sudah dihapuskan di Terengganu
tetapi sebaliknya berada di mana-mana di Bandar Kuala Terengganu
19. HADI TAK DAPAT
MASUK KE CHINA:Haji Hadi tidak dapat masuk ke negara China,
Warta Darul Iman melaporkan Haji Hadi selamat tiba mengetuai rombongan
pelaburan ke China.
20. HISBAH TAK BERFUNGSI: Suruhanjaya Hisbah
yang diwujudkan oleh Kerajaan Pas Terengganu tidak menjalankan
peranannya membanteras penyelewengan, sedangkan skim gaji Pesuruhjaya
sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.
21. EXCO AMBIL ELAUN
DALAM SYARIKAT KERAJAAN: Haji Hadi berkata, Exco yang menduduki
anak syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan buat sementara sahaja,
tetapi bohong, tahun 2001 Wan Mutalib dibayar elaun RM42,408 dalam
Epic (syarikat milik Kerajaan Negeri).
22. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT:
Wang Zakat dipergunakan sesuka hati oleh Pas termasuk dibelanjakan
untuk bayar elaun kader Pas antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang
zakati itu juga diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah milik parti
Pas.
23.
SYARIKAT KERAJAAN TERUS RUGI: Syarikat Kerajaan Negeri didakwa
untung di bawah pentadbiran Pas tetapi sebaliknya banyak yang rugi,
Pelangi Air rugi RM208 juta, Ladang Rakyat, Syarikat Percetakan Yayasan
Islam dan lain-lain, bahkan ada yang dijual oleh Kerajaan Pas.
24. KRONI PAS CETAK
WARTA DARUL IMAN: Akhbar rasmi Kerajaan Pas Warta Darul Iman
dicetak oleh kroni Pas, Angkatan Edaran di Shah Alam, tetapi dicatatkan
di akhbar berkenaan kononnya dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam
Terengganu.
25. MAKSIAT BERLELUASA, POLIS DITUDUH: Terbaru awal Mei
2003 Haji Hadi membuat kenyatan bahawa Polis membawa masuk maksiat ke
Terengganu. Tetapi apabila dicabar supaya membuktikan, beliau gagal
membuktikannya dan membuat alasan hendak menyatakan hanya kepada
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
sendiri.
PAPA GOMO
2 comments:
Mana boleh orang yang halalkan pertumpahan darah sesama Islam jadi PM bro! Ingatlah Amanat Haji Hadi.
Untuk kuasa politik dan tembolok Hadi Awang sanggup buat apa aja Bro!!
Haram jadi halal untuk PAS. Yang penting kuasa!! kuasa!! kopiah dan serban besar boleh tutup mata semua pengikut-pengikut PAS yang tolol Bro!! he he he
Post a Comment