PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.


Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

Ada juga orang luar yang mahu menjahanamkan Malaysia.  Kejayaan Multimedia Super Corridor dan wujudnya bandar IT spt Cyberjaya menjadi modal untuk mereka melakukan sabotaj.

Adakah ini juga satu taktik untuk menimbulkan huru hara?  Tidak mustahil kumpulan ini didalangi oleh seseorang yang punya rangkaian antarabangsa, lebih-lebih lagi memegang status sebagai proksi Zionis di Malaysia.

Anda mungkin masih ingat bagaimana penyangak matawang seperti George Soros memanipulasi ekonomi untuk meranapkan negara kita. Kali ini, laman web kerajaan pula mahu dijadikan mangsa.  Siapa dalang di sebalik perkara ini? DARI BLOG GT

1 comments:

Anonymous said...

adakah hanya laman www.malaysia.gov.my yang akan digodam?
atau mungkinkah laman malaysia.gov.my hanya satu godaman palsu krn dalam masa yg sama ktika pertahnan ditumpukn kpd laman itu, hacker akan godam laman lain yg lebih penting!?
adakah tindakan hacker ini ada kaitan dgn siri lawatan anwar ibrahim ke beberapa negara kebelakangan ini? ini mungkin ada kaitan krn sehingga kini anwar masih blm jawab dlm 2tahun ini, berapa kerap dia ke thai dan untuk apa? bukankah eskey kata dia ada info dan akan bongkar suatu isu yg lebih panas dari kes video zina dgn cinadoll? dikhabarkn isu itu sptnya ada kaitan dgn keselamatan negara?!

-wau

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive