Orang Lain Yang Meniggal Dunia Rupanya...


Yang mati adalah Baharuddin Ahmad, 58, seorang pemandu teksi tetapi gambar yang disebarkan ialahgambar Suhardi yang masih hidup, mempunyai dua orang isteri, seorang di Bangi dan seorang lagi di Salak Tinggi.  Suhardi dikenali penduduk setempat sebagai Ustaz Selongsot kerana sikapnya yang suka membuat onar. 

Allahyarham Baharuddin didapati meninggal kerana komplikasi jantung dan tidak sedikitpun dicalarkan oleh polis.  Arwah juga langsung tidak terkena gas pemedih mata.

Suhardi dilaporkan mengakui telah diarah berlakon mati oleh pemimpinnya dan gambarnya diambilbagi dijadikan bukti keganasan polis.  Gambar sebelum dan selepas mati yang jelas dirakam tanpa halangan sekali gus membuktikan yang ianya telah dirancang.

Soalnya, kenapa pembangkang sanggup mempermainkan nyawa penyokong mereka sendiri?  Mereka mendedahkan penyokong mereka kepada bahaya dengan menolak tawaran Stadium Melawati yang lebih besar dan jauh dari kesesakan kota.   Mereka membawa penyokong mereka ke jalanraya, dandengan sengaja menyuruh penyokong mencabar dan mempermainkan polis agar polis bertindakterhadap mereka.  Terdapat juga bukti kukuh di mana mereka terlebih dahulu ‘menyerang’ polis atas arahan pemimpin mereka.  Dan apabila penyokong mereka meninggal duniamereka memanipulasi pula kisah nyawa yang telah melayang itu.

Jelas pembangkang tertekan kerana Bersih 2.0 tidak mencapai matlamatnya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Dataran Tahrir.  Mereka menjangkakan penyertaan beratus ribu sehingga keadaantidak terkawal dan polis terpaksa bertindak tegas atau lebih baik jika tentera terpaksa masuk campur.  Mereka mengharapkan media asing dapat melaporkan tragedi berdarah itu secara besar-besaran untuk memberi alasan kukuh supaya kuasa besar masuk campur dan memberi kata dua agar kerajaan berundur mengikut ‘kehendak rakyat’. 

Namun, itu tidak berlaku, dan kematian pula hanya satu.  Cerita paling ganas yang boleh merekalaporkan ialah tembakan gas ke arah perusuh yang berlindung di Hospital Tung Shin.   Itupun disangkal oleh pentadbiran hospital tersebut.  Lagipun, kenapa perlu berlindung di hospital, kenapa sejak dari mula tidak menurut arahan polis agar bersurai dan pulang bersantai di rumah?  Salah siapa jika dengan sengaja melanggar undang-undang? 

Lebih dari itu, tiada siapa yang patah riuk, tiada siapa yang buta atau hancur kepala lutut terkenabelantan atau sepak terajang polis.  Kalau ada pun yang cedera hanyalah kerana terjatuh atau tertolak dalam kesesakan perusuh dan polis. Ini termasuklah Anwar sendiri yang cedera dalamkeadaan dikelilingi penyokong dan  bukannya ketika dikepung polis

Semakin meroyan pembangkang apabila media pro-kerajaan termasuk media alternatif juga giat mengambil gambar, menjadi saksi kepada semua kejadian.  Ini menyebabkan percubaanpembangkang untuk memanipulasi kebenaran serba tidak menjadi.  Satu persatu penipuan merekadidedah, disebar dan diketawakan.  DARI PADA EP

1 comments:

MAMA GOMO said...

penipuan itu sudah pasti bagi Puak Pakatan Rakyat..yang jadi persoalan adakah mereka dapat tembus Putrajaya dengan seribu satu penipuan mereka?? ermm juak2 pakatan lalang ni mesti segera bangun dari tidur...zzzzZzzzz..zzz

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive