Ulamak UMNO Mahu Berdebat...!!!



Ulama Muda Umno hari ini menawarkan diri berkongsi pandangan dalam dialog berhubung isu Wahabi dan terorisme antara penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady dan anggota jawatankuasa mufti Perlis.

"Kami berharap kerajaan Perlis akan turut menjemput kami bersama-sama berdialog dalam isu ini kerana kami juga merupakan pihak yang dituduh (sebagai Wahabi)," kata pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya.

Isnin lalu,taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya didakwa mengaitkan beberapa tokoh agama dengan Wahabi dan terorisme di mana Dr Uthman terlibat sebagai salah seorang pembentangnya.Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan institusi agama negeri didakwa turut dikaitkan bersama 40 ulama muda Umno dan pensyarah agama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Portal Pakatan Haram,Malaysiakini hari ini,Fathul Bari Mat Jahya berharap Dr Uthman menyambut pelawaan negeri Perlis itu bagi menjernihkan keadaan dapat berbincang dengan semangat persaudaraan Islam.Ditanya tentang jumlah kehadiran mereka jika dijemput, Fathul Bari Mat Jahya tidak dapat memberikan angka tepat buat masa ini.

"Kita akan kerahkan jumlah semaksimun mungkin (ulama muda Umno) supaya hadir," katanya yang juga anak kepada mufti Perlis yang kelimat Mat Jahya Hussin.

Dalam perkembangan berkaitan,sebuah portal berita melaporkan Dr Uthman sedia menerima pelawaan berdialog mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup dan membabitkan pakar-pakar berkaitan.

4 comments:

Anonymous said...

Itulah dia Islam agama perpecahan. Wahabilah Kawarij lah macam2.....Islam agama Mundur dan Ulamanya akan mendabik dada dialah saja yang lebih islamik...tengoklah polimik diatas.

Mana ada satu di Dunia nie ada negara yang majoritinya islam maju dan tidak berpecah.

Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya dll.

Itulah Ulama asik bertalagah....sepatutnya Ulama pewaris nabi....seharusnya bermusyuarah...dan jangan mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada ulama lain untuk mendapatkan konsesus pendapat...

TERUKLAH KAMU ULAMA......Pemangkin pecah belah umah....

Anonymous said...

Tak payah Ulama...cukup dengan guru ugama sahaja....Guru agama lebih baik kerana mereka akan saja merujuk kepada kitab dan tafsiran quran...tidak memberikan fatwa.Fatwa memang perlu terutamanya untuk sesuatu yang baru dan hanya di ungkap didalam quran dan hadis sebagai Qias sahaja..tetapi apalah gunanya setelah satu Ulama mengeluarkan Fatwa satu kumpulan Ulama lagi mencangahnya...inilah yang dikatakan pemangkin pecah belah.....

oldman said...

Sekarang mudahnya dapat gelaran ulamak, bejubah besorban pandai hebat becakap umur setahun jagung ilmu tak seberapa yg sekeping ijzah dah dapat title Ulamak pulak tu ada yg dah mula rasa hebat nak debat sana sini saolah olah aku yg paling hebat tiada yg aku tak tau...pada hal mereka hanya kenal ugama pada kulitnya isi nya tiada...hanya sekeping ijazah..akhirnya suluncai terjun dengan duriannya.

Anonymous said...

debat laaa jalan terbaik...jgn duk sibuk cakap jer.Ada berani kaaaaaa.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive