Parti KITA Ingin Mengetahui Adakah Chegu Bard Dipaksa Menipu Mengenai Cicin Rosmah!!!!!



KUALA LUMPUR 24 Ogos - Selepas dicabar untuk membuat laporan polis ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta), Badrul Hisham Shaharin didesak pula untuk membuat penjelasan apakah yang mendorong beliau membuat fitnah tersebut.


Ini kerana Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ramai yang ingin mengetahui sama ada Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegu Bard dipaksa atau diberikan imbuhan untuk membuat fitnah itu.


''Badrul Hisham juga perlu menjelaskan bagaimana dia boleh membuat fitnah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Zamil menambah, Badrul Hisham juga perlu membuat penjelasan mengenai perbincangannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Indonesia pada April lalu.


Katanya, ramai yang mengetahui bahawa Badrul Hisham mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar dan keluarga.


''Kita juga tahu Anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan kerjaya politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mengizinkan fitnah dilakukan ke atas Rosmah seperti dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu," katanya. Sumber UM

2 comments:

Anonymous said...

tidak sah jadi ahli PKR kalau tak menipu ! kalau tak menipu itu bukan orang PKR ..

orang PAS pula amat mudah diperbodohkan , suka menyebarkan kebohongan , bangga jadi bodoh !

Anonymous said...

amalan tipu,fitnah,bohong dan pusing dah jadi amalan mereka!... hingga kes mutakhir melibatkan video seks yg 99.99% benar tu pun masih tak mengaku kata konspirasi BN lah!...bohong rakyat pula kata Jam Omega ada pada Jijah pada hal sebenarnya dah ada pd Polis!...pas tu takut nak sumpah macam Datuk Eskay!...kalau kita yg benar dan ada prinsip bila dah dimalukan samanlah sama itu Datuk Eskay!...pasal apa takut saman?... sebab kalau saman pecahlah dia punya bohong! mesti dia kantoi punya!...masih mau caya sama ini orangkah?...lu pikirlah sendiri!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive