YB Din Pudu Jadi Kambing Hitam!!!!


Semalam YB Din Pudu telah membuat sidang media untuk membuktikan bahawa JPN telah menyalah gunakn kuasa yang ada, dimana pihak Pakatan Haram cukup hairan dengan JPN dan tertanya2 macam mana KAD Pengenalan boleh siap dalam beberapa jam sahaja.

Inilah jika pihak Pakatan Haram jika tiada isu, isu KAD Pengenalan pon nak dimainkan mana datangnya semua data tersebut?? YB Din Pudu yang menjadi kambing hitam DAP buat apa?? hantar wakil cakap sepatah dua lepas tu duduk tengok je yang menjadi mangsa PAS.

Penjelasan Dari JPN 


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  telah menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.


Ketua Pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982. "Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau turut mendakwa sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, KDN telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia dan setakat ini meluluskan sebanyak 29,290 permohonan. Beliau juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut - Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara. Perkara 16 : Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957). Perkara 19 : Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Ala Datuk Jariah, ceritalah detail macam mana sekalipun, Pembangkang akan pusing juga. Ishh malu tu..Buat Sidang Media..Propaganda memang berani mati. Cakap lah macam mana sekalipun. Peguam2 Pakatan ni memang pandai pusing kiri, kanan, kiri balik. Bila sudah tersimpul, buat demonstrasi. Itu sahaja. Sebenarnya Pembangkang yang takut pada bayang2 sendiri. Takut tewas dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Sebab itu mereka kini sedang membina tembok kekuatan. Buatlah apa2 asalkan dapat tumbangkan Kerajaan. Bodohkan sahaja rakyat Malaysia.. Mainkan sentimen simpati, emosi dan kebencian. Confirm dorg dengar punya. Betul tak Din Pudu? Tak payahlah Din Pudu nak playsafe dalam hal ini. Dan janganlah kamu begitu mudah menawarkan diri menjadi suara bagi pihak Pemimpin Ulul Albab kamu, Anwar Ibrahim. Kelak kamu yang merana dek kerana penipuan Diktator PKR itu. YB., KAMU TAHU SIAPA ITU ANWAR IBRAHIM!!

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive