Ternyata Facebook yang diwujudkan untuk menyokong Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia ada asasnya walaupun pada mulanya Lim Guan Eng cuba untuk menafikan penglibatannya. Perkara ini telah dibuktikan apabila Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook secara terbuka menyatakan hasrat DAP didalam akhbar cina untuk menjadikan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri cina yang pertama di Malaysia.
Jika dilihat secara logik, calon yang paling layak untuk mengetuai pakatan haram buat masa sekarang sememangnya Lim Guan Eng memandangkan DAP mempunyai kerusi yang lebih diantara ketiga-tiga parti tersebut. DAP merasakan inilah peluang yang terbaik bagi mereka untuk mengangkat Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri disebabkan PAS dan PKR buat masa sekarang dihujani dengan pelbagai masalah.
KLIK DI EP
Nanyang Siangpau
m/s 09
12 Sept. 2011
Strategi Pakatan Rakyat
Ketiga-tiga parti cabar UMNO dan MCA: Lock Siew Fook
Kata-kata Lock Siew Fook: "DAP bukan seperti apa yang disebut oleh MCA iaitu orang Cina yang mentadbir urus orang-orang Cina, sebaliknya DAP menghalang rasuah dan bersikap bersih. Jika MCA pada PRU akan datang kalah teruk dan tidak masuk ke dalam kebinet, orang-orang Cina tidak akan terjejas, kerana sebenarnya dalam BN MCA tiada kedudukan"
11hb Kajang, Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook berkata, strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah, Pas dan PKR akan mencabar UMNO, DAP pula akan mencabar MCA. Lock Siew Fook semasa menghadiri upacara tarian singa ajuran belia DAP sempena nama kumpulan tarisan singa piala Ean Yong Hian Wah yang bergelar nama 'tukar purnama berwajah baru' berkata demikian.
Beliau berharap pada PRU akan datang DAP dapat tubuhkan sebuah kerajaan baru, supaya Lim Guan Eng setiausaha DAP menjadi perdana menteri kaum Cina yang pertama di negara ini, dan supaya Pakatan Rakyat dapat mewakili semua jawatan-jawatan menteri yang ada pada MCA sekarang ini, pada masa sama kembalikan sistem pilihan raya kerajaan tempatan.
BN Cuba Alihkan Pandangan: Lock Siew Fook
Beliau berkata, DAP bukan seperti apa yang disebut oleh MCA, orang Cina tadbir urus orang-orang Cina, sebaliknya DAP cegah rasuah dan kerajaan yang bersih, jika pada PRU akan datang MCA kalah teruk tidak dapat masuk ke dalam kebinet, orang-orang Cina tidak akan terjejas apa-apa, kerana MCA tiada sebarang keududukan dalam BN.
Selain dari itu, ketua jawatankuasa pilihan raya DAP Hew Kuan Yau berkata, BN mungkin lakukan seuatu yang tidak munasabah untuk alihkan pandangan, contohnya seperti PRN di Tenang, mungkin BN letakan tarikh PRU pada seminggu sebelum hari tahun baru Cina, supaya pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat kaum Cina yang berkerja di luar tidak sanggup pulang ke kampung halaman untuk membuang undi.
Beliau berkata, mungkin sebelum PRU, BN akan umumkan mengiktiraf sijil-sijil gabungan peperiksaan sekolah-sekolah menengah Cina swasta, jika tidak MCA, Gerakan dan SUPP akan tersungkur dan kalah teruk. (Kesimpulan: 'tukar purnama berwajah baru' memberi maksud tukar kerajaan, pasukan tarian singa itu digelar: tarian singa tukar kerajaan)
4 comments:
dap PM, perang bestnya amoi garing garing muahhhhhh.
puas hati puak puak PKR DAN PAS....TIMBALANYA MESTI ANAK KAPAL SING
FUH....PASTI TIMBUL PLAK ISU KATA PUAK-PUAK UMNO YANG DALANG DALAM FACEBOOK NI...SEBAB NAK PECAH BELAHKAN PAKATAN....
P/S: MACAM KES DUMC HAHAHAHA
Hanya yang arif "membaca" strategi DAP sahaja yang bijak meramal sedemikian. Kalau PAS/PKR bukan meramal tetapi menilai orang, macam mereka tu tuhan. Oleh itu Wahai orang Melayu sedarlah!
Post a Comment