BN SELANGOR NAK JUAL NASI LEMAK BUNGKUS???


Ditegur nanti mengamuk tak tentu hala ... dituduhnya sengaja membangkitkan kemarahan rakyat kepada parti, tidak ditegur makin menjadi-jadi ... 

Inilah yang mahu di tegur sejak dari dulu lagi ... 'Yes Sir, Everything Is Fine Sir! According To Our Plan Sir! Okay Sir! Boleh Sir! Malaysia Boleh! Bla Bla Bla ... Bla Bla Bla! ... sikap, sikap dan sikap ... attitude!

GWM sememangnya tidak faham dengan sikap segelintir pemimpin BN yang gemar dan rajin mengipas. Perkataan kipas semakin dan sudah sinonim dengan Barisan Nasional!

GWM sememangnya tidak faham dengan sikap segelintir pemimpin BN yang gemar dan rajin mengipas. Perkataan kipas semakin dan sudah sinonim dengan Barisan Nasional!



Kipas sana, sini, kiri, kanan, atas, bawah ... BRO BN, sekarang pakai air cond, lagi sejuk bang! 

Perumpamaan yang cukup mudah difahami ... pengunaan kipas hanya membazir tenaga, bising, lebih senang merebakkan virus H1N1, tak ada filter ... tidak mampu menyahkan 'microscopic contaminant'. 

Pakai air cond boleh menjimatkan 60% pengunaan tenaga, senyap, mampu menyahkan virus H1N1, menyahkan microscopic contaminat, mempunyai filter untuk membuang hama, debunga dengki, bau-bauan politik kipas serta jerebu politik masuk bakul angkat sendiri ... mudah bukan!



Jangan sesekali menyalahkan blogger jika dijentik sebegitu rupa. Media telah melaporkan apa yang berlaku di Konvensyen BN Selangor. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan? Tidak malukah apabila Pengerusi BN, DS Najib menempelak sikap pemimpin BN dengan perkataan 'program syok sendiri'!

Siapa yang tidak marah jika DS Najib sebagai 'driving force' BN diperlekehkan dengan laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang! 

Are You Crazy? ... Nasib baik pemimpin BN kebanyakkannya adalah kakitangan kerajaan. Jika dalam sektor swasta, perkataan keramat yang pasti keluar dari mulut Chairman / CEO / Managing Director ... You Are Fired! (Anda DiBakar ... direct translation).

I'm so sorry BRO BN! But this is not Pak Lah administration ... this is Najib Tun Razak administration, please buckle up! 


Apa ni ... kelabu dengan putih sudah tidak mampu dibezakan lagi ... rabun warna gamaknya! Tun Dr Mahathir yang sudah berusia lebih dari 70 tahun masih lagi belum buta warna! Gelak, gelak ... bila ditegur gelak!

Seharusnya mana-mana pemimpin BN dari mana-mana negeri sekalipun perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan mengkhianati kepercayaan yang diberikan demi tembolok sendiri beserta tembolok juak-juak terpilih!

Lakukan analisis dan laporan dengan lebih berintegriti, bukannya laporan menipu diri sendiri. Lebih teruk dan amat menjijikkan sehingga sanggup menipu Pengerusi BN. 

Golongan muda bakal menjadi peneraju negara dan golongan inilah sebenarnya 'main target' program yang dijalankan dalam meraih sokongan dan undi mereka ini. Janganlah dibuat analisis dan laporan mengenai golongan separuh abad dan tua kerana golongan ini hanya tinggal 5 hingga ke 8 tahun lagi ... we are suppose to envisioning what will happen in 10 to 20 years from now! 


Apabila ditegur blogger pro kerajaan mulalah mulut mula mencebik. Dikatakan pula apa yang blogger tahu menahu. Ditohmahnya pula blogger duduk depan komputer bukannya berjumpa rakyat bawahan.

Excuse me BRO BN! Rakyat marhaen terlalu ramai menyampaikan ketidakpuasan hati melalui email terhadap sikap dan gerak kerja pemimpin BN dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat paling atas ... Jenuh blogger terpaksa delete inbox dalam email supaya tidak penuh! ... Ini belum lagi diambilkira blogger yang berjumpa terus dengan rakyat marhaen membuat kajiselidik dan research sendiri.

Hari-hari berkumpul satu group bercerita siapa yang perlu diangkat, siapa yang perlu dipalang habis-habisan ... macam budak sekolah! Orang ni tak betul, orang tu tak betul ... habis tu siapa yang benar? 

Momentum sokongan rakyat perlu dikaji dengan teliti. Segmentasikan kajian mengikut peringkat umur dan latarbelakang pengundi. Pengundi muda dan atas pagar bakal menentukan kemenangan BN pada pilihanraya umum kelak. Buatlah kerja dengan hati yang ikhlas dan tidak bermuka-muka semata-mata mahu disanjung dan diiktiraf (muka kalau hensem okaylah jugak).

GWM berada di Konvensyen BN Selangor semalam. Memanglah Pengerusi BN berseloroh dalam menyindir. Namun sindiran itu sebenarnya adalah kritikan pedas bagi mana-mana BN negeri untuk bekerja dengan lebih tekun dan bertungkus-lumus. DARI GWM


Seloroh DS Najib semalam ada makna sebenarnya ...


2 comments:

Anonymous said...

BIASALAH DARI DULU SAMPAI SEKARANG PUAK-PUAK UMNO DAN BN SUKA BERKUMPUL SESAMA MERAKA DIKEAI KOPI,HUHA HUHA HUHA HUHA.BUAT PROGRAM SYOK SENDIRI,MATA MASYARAKAT SEKELILING BEBULU SAJA BILA TENGOK,BAIK AJK CAWANGAN ATAU BAHAGIAN SAMA AJE.BUKAN NAK BUAT PROGAM CH DIPASAR MALAM PASAR MINGGU DAP SIBUK EDAR RISALAH DAN MENDAFTAR PENGUNDI, UMNO DAN BN BUAT APA? DOK BERLONGGOK SESAMA SENDIRI.BUAT PROGRAM PANGGIL UMMI CERAMAH,KEMUDIAN PUAK-PUAK UMNO DOK BERLONGOK SESAMA SNDIRI,TAK RETI NAK MENDEKATI PENGUNJUNG.KERANA MERAKA MEMANG TAK PERNAH CAMPUR MASYARAKAT.PEMBANGKANG TAK KUAT TAPI UMNO YANG LEMAH

Anonymous said...

Pakatan memang suka cari kuman orang dan membiarkan gajah ditepi mata. Orang Pakatan yang bekerja dengan kerajaan ramai yang sebenarnya "musuh dalam selimut". Depan boss kata lain, belakang boss kata lain. Kalau ditanya kenapa tak mengamal kejujuran. Mereka jawab, nanti takut "dapor takut tak berasap". Soal buat kerja syok sendiri bukan masalah UMNO. Ini masalah orang Melayu yang memang tak boleh tangani kejujuran kerana mereka takut peluang untuk diri sendiri terhalang. Jadi jangan tuding jari kepada UMNO sahaja. Selidiklah musuh dalam selimut ini, mereka nampak "cool" di luar, tetapi antara rakan PKR, mereka maki hamun habis kerajaan, sedangkan diri mereka itu sendiri sebahagian dari kerajaan. Itulah dia masyarakat Melayu munafik. Tidak terbatas kepada peringkat bawah, yang berpangkat atasan juga bersikap tidak mampu handle kejujuran. Orang Melayu macam ni senang boleh baca. Bila mereka dapat pangkat, mereka akan puji boss melambung, bila ditarik pangkat dan kedudukan atau tempuh lantikan tamat dan tidak diperbaharui, mereka beraleh khemah, terus jadi kaki pembangkang. Sikap menanam kejujuran tidak dipupuk, kerana orang Melayu hanya suka dengar apa yang mereka mahu dengar. Itulah juga cara kebanyakannya ornag Melayu mendidik anak-anak. Bila besar anak mereka juga akan jadi kaki kipas kerana diajar supaya jangan berani jadi jujur kerana kejujuran hanya mengundang bahaya! MUhasabahlah wahai boss boss dan penjawat awam Melayu!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive