Dr. M Cabar Nik Aziz Laksanakan Hukum Hudud Di Kelantan!!!!!


TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri melaksanakannya.

"Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Rabu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa yang sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
- Bernama


17 comments:

Anonymous said...

pok nik cuba lah tanya kat najib. i najib akan gerentberi kebenaran pada pok nik nak laksana hukum hudud. sebab apa, namawee nak jumpo dio, pun dio bagi. orang hina negaraku pun dimaafkan,inikan pulak sesama isle nak buat hukum hudud, buat la. silap-silap kuan yew akan bagi thumbs-up sebagaimana pok nik buat thumps-up masa bersalam dengan kuan yew- teruja tak tentu pasal bila cina israel tu dok salam dengan dio.
PAS dibina atas semangat keislaman tetapi sekelip saja diruntuhkan oleh mat sabu dengan cara ceramah yang memaki orang. pok nik boleh buat gapo dio. keluarla fatwa. ingat, kelayakkan pertama orang kalau nak keluar fatwa ialah beliau tak boleh membuat kenyataan atau apa sekali yang boleh merendahkan pandangan atau kefahaman orang kepada kemuliaan nabi muhammad SAW. kalau bukan dek syafaat Nabi Muhammad SAW macamana mu nak hampir ke syurga - meskipun kita maklum bahawa rahmat allah taala saja yang membenarkan seseorang masuk syurga.
wahai pok nik, apa yang kamu nak cari lagi. cukup-cukup lah. bersara lah kita dikemuncak, jangan berhenti ketika orang sedang membenci kamu. walaubagaiman pun, aku pernah bermimpi yang kamu akan bersara pada bulan 3 tahun 2011.

Anonymous said...

macam anak bingai denga si ayah. semasa ayah ada dek kerana ajakan kawan punyalah berminat nak masuk navy.

atas sebab anak tunggal makanya si ayah menghalang. maka timbullah keretakan dalam ikatan. macam-macamlah si anak mengomel di belakang.

tetapi apabila si ayah telah tiada. tidak pula dia masuk navy. malah masih ungkit bahawasanya ayahnya halang dia masuk navy. sebijik lah tu.

kah kah kah

Tumpang Sekaki said...

Mungkin Pok Nik merasakan dia tak perlukan syafa'at Nabi lagi sebab dia dah ada 'syurga' sendiri ...

Kekadang orang yg menggelarkan (sendiri bagi gelaran) dirinya ulamak ni lah yg selalu berfikir dan bercakap macam orang otak 'kurang suku' dan mengaji setakat ambil nama saja (ilmu tak melekat di kepala apatah lagi kehati).

Anonymous said...

menteri besar makan gaji buta .....

Anonymous said...

Demo kabar dok lg Nik Aziz weh?

Dot said...

20 tahun dah...lama dah tuuu... buat2la hudud tu. tak dak sapa pun larang cuma dia sendiri tak tahu macam mana nak laksanakan sbb ramai rakyat kelantan yg tak faham 100% pasal hudud pun! tambahan lagi hudud kelantan lain

(http://fantrealika.tripod.com/Pendapat-Hudud.htm), hudud terengganu lain!!

(http://www.mykmu.net/~mykmu/modules.php?name=News&file=article&sid=2329)

mcam mana tu? sumber lain2 ka yg dirujuk?

Tumpang Sekaki said...

Harap2 DS Najib setuju dan biarkan saja Pok Nik nak buat hudud. Lantaklah dia nak buat hudud apa pun. Baru boleh tau apa jenis hudud yg dia guna-pakai. Ikut Al-Quran atau tidak.

Yang pastinya Pok Nik eksyen cakap aje, semua orang dah tau tembelang dan temberang dia.

POK NIK TAKKAN BERANI BUAT DAN TAK TAU NAK LAKSANAKAN HUDUD PUN ... INI YANG PASTI.

Anonymous said...

xkan wt nye,ckp je lebih org tua tu...lps ni byk anak2 muda kelate lari dok kl nnti...

Anonymous said...

pusing pi, pusing mai, cukup bulan amik gaji, mentadbir Negeri pon melingkup, buat masjid untuk mengagungkan allah satu pon tak siap, tapi buat berhala budha dah banyak siap....


pstt..amal makruf, nahi mungkar..

Anonymous said...

Ya, yg pastinya Pak Nik ni sebenarnya hanya pandai bceramah saja tentang Hudud. Dia nak laksana Hudud ???? Jauh sekali, dia hanya pandai upah orang lain deraf Hudud, bukan dia sendiri yg buat atau mana-mana ulama PAS yg berlagak pandai yg buat. Lepas tu dia paksa Pusat supaya laksana Hudud PAS yg puak2 dia buat macam orang buat rumah dgn 'kaki'.

Baca surat Tun M kpd MB Kelantan dan tek ucapan dia di Nilam Puri. Tun M disamping dia ada komen beberapa kelemahan keatas deraf Hudud PAS, dia suruh Pak Nik laksanakan dulu di Kelantan, kamudian kalau berjaya dia akan tiru. Tapi sampai hingga sekarang Pok Nik simpang Hudud PAS yg telah diluluskan itu dalam kabinet besi di pejabatnya. Dekat PRU baru dia keluarkan untuk jadi modal permainan politik untuk tipu orang kampung di Kelantan.

Kalau dia mendakwa Kanun Jenayah Hudud telah diluluskan oleh DUN Kelantan, adakah dia juga telah siapkan Kanun Acara Jenayah Hudud iaitu peraturan untuk melaksanakan hukum Hudud itu ? Kalau sudah siap, laksanalah dulu atau memang sebenarnya mereka hanya tahu berceramah saja tapi Hudud itu sendiri pun mereka belum faham sepenuhnya. Cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap. Inilah RUPA sebenar PAS.

Hj Hadi, Presiden PAS sendiri dalam Muktamar PAS yg lalu telah istiharkan untuk berjuang menegakkan Negara Berkebajikan bersama DAP kerana Negara Islam sebenarnya tidak ada disebut dalam Al Quran. Sayangnya, kini PAS sudah jadi penyokong KOMUNIS pula hasil berkawan dan ditarbiyah oleh DAP.

Beberapa hari lepas Pok Nik jemput Dr Asri ke Kota Bharu untuk hadiri seminar bagi sokong perlaksanaan Hudud tapi Dr Asri pula beri komen sebaliknya dan mengajar Pok Nik bila masa yg sesuai untuk laksanakan Hudud kerana rakyat Kelantan dan pemimpin PAS sendiri pun masih belum faham tentang Hudud yg sebenar walau pun telah lama dijadikan modal ceramah politik.

Mat Kelantan

Anonymous said...

Tok Garu seko ni confirm baru bangun tido. Kelantan dah dapat title "Serambi AIDs" baru nak cakap pasal hudud. "Serambi tokong" udah. Tunggu dapat gelaran "Serambi Buang Bayi" je lagi. Dah x lama lagi cerah harapan. Maklumlah negara kebajikanlah katakan.

Anonymous said...

Alahai pok nik..... sembe2 bolih la pasa hudud ni...tapi bab nak laksano kan hudud ni kito keno bince dgn PKR dan DAP dulu....hahahahahah tak yah la pok nik meme demo tak berani nak buak hudud punyo....siea demo pok nik...tapi kawe tgok dio ni mace2 takuk2 jo...ok lah malas nak komen lebih2....utk ahli PAS kalau dah tak suko denge Pas kuar jo la dari parti tu...masuk umno...garenti kelante akan maju pd maso umno .... cayo lah...

choc-mint said...

menusuk smpi ke tulang sum2....
bisa2.........

Anonymous said...

Hukum hudud yang diperkatakan oleh Nik Aziz ini merupakan satu iltizam baru yang perlu dibangkitkan semula sebelum orang orang ini berhadapan dengan Allah S.W.T. Kerana mereka akan dipersoalkan bila sudah berada di alam bakha' nanti.

Jawapan boleh lah diberi dengan menyatakan dahulu tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan Malaysia ketika itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahadzir yang tidak membenarkannya.

Alasan seterusnya bolehlah dinayatakan bahawa tak sempat nak buat tapi semua persiapan telah dilakukan dan proses untuk melaksanakan hukum hudud itu akan dilaksanakan oleh ahli ahli pati yang masih hidup.

Semua umat islam menyokong hukum hudud. tapi bukan dengan gimik politik.

warga sebelum merdeka

Anonymous said...

Sama-samalah kita nanti respons dari Tuan Karpal Titanic, bila dia beliakkan mata kepada Pak Nik, pak nik akan berubah nada bercakap, dia akan cakap lembut bila berhadapan dengan.

mintak pemberita segera temuramah Tuan Kapal supaya dapat kita ketahui segera pandangan tuan kapal itu.

Hancur, hancur, hancur pakatan, hancur, hancur, hancur pakatan. ulang 100 kalai, masin mulut mereka-meraka yang beriman maka akan menjadi kenyataan.

warga sebelum merdeka

Anonymous said...

Hendaknya dalam pilihanraya ke13 nanti kelantan kalah dan BN memerintah kelantan, maka mudah lah jawapan akan diberikan ialitu tak sempat tapi kami dah rancangkan. Memang nak buat sangat-sangat dah tapi kalah pulak. apa boleh buat.

Apa pun tak boleh..

warga sebelum merdeka

Anonymous said...

wahai BRO AZIZ buatlah hudud secepat mungkin kerana kini halangan sudah tiada.....dan semua ini bergantung kepeda kehendak mu...kalau mu kata nak buat maka akan terlksanalah hudud kalau mu kata tak leh buat maka hudud akan jadi impian semata-mata....mu tak payah nak cari sejuta alasan tolol dan bodoh..mu tak payah nak salahkan orang lain....kalu mu reti mu buat kalau mu tak reti mengaku sajalah daripada menipu dan bodohkan rakyat terutama penganut PAS....RAKYAT DAH JELEK DAN TERAMAT MENYAMPAH DENGAN PERANGAI DAN LIDAH BERCABANG MU ITU.......mu tunggu PRU KE 13 NANTI.......

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive