Jenazah ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL SELAMAT TIBA DAN SELAMAT DI KEBUMIKAN.



Jenazah jurukamera BernamaTV,Noramfaizul Mohd. Nor,yang maut terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan di Somalia,malam kelmarin,selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) Petang Tadi.Jenazahnya yang tiba pada pukul 10.05 menaiki pesawat C-130 TUDM pagi tadi disambut kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan-rakan media yang lain.


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul serta kepulangan pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia.Hadir sama Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri,Puan Sri Norainee Abdul Rahman.Turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah ialah Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar,Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

1 comments:

RIZZNA said...

Dia pilihan Allah...nasib kita macam mana pula?

http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/09/allahyarham-noramfaizul-b-mohd-nor.html

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive