PAS Selangor Membuat Sultan Selangor Murka!!!!



Sungguh dasyat bukan DAP saja yang ingkar TITAH SULTAN PAS juga turut ingkar TITAH SULTAN Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang ahli-ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau sebagai langkah “tidak masuk akal.”

“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun) Meru ini.

Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bulan lalu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap agensi itu kerana menyekat aktiviti berdakwah.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.

Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Marzuki berkata Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.

Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.
“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.

“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini. Malaysia Insider

9 comments:

Anonymous said...

korang bukannya bagi ceramah agama tapi ceramah politik. Tu pasal Sultan tarik tauliah. Itupun tak faham2 ke !!

Anonymous said...

betul anon.. Diaorang ni memang dah buta hati.. hakikatnya politik PAS ni dah jauh menyeleweng, tersasar atau bahasa mudahnya dah tersesat.. tu yang kena sekat dari membawa masuk ke dalam surau/masjid...
Sekarang ni JAKIM sepatutnya dah mula menyenaraikan atau dibukukan ajaran/doktrin/kupasan isu2/dan lain2 ulasan dari mulut2 penceramah atau pemimpin PAS, yang menyeleweng atau atau diragui menyalahi aqidah dan syariat islam sebenar...
Tapi kalau keluar dari mulut2 ahli2 PAS yang jahil/bodoh atau emosi biarkanlah kerana itu adalah hujah sampah...

Anonymous said...

Benar tu.. kalu JAKIM benar2 jabatan yang menjaga aqidah umat islam sepatutnya dah lama dah kajian dan pemerhatian dibuat, dan diumumkan agar ramai umat islam tidak terpesong..
Takutilah Allah jangan takut dgn orang politik ni, tapi yang terbaiknya bukan ajaran PAS sahaja tapi ulama2 politik termasuk dari UMNO dll..

Anonymous said...

Tu sorang lagi tu,, dR. Asri, yang menyampuk sana sini.. cari publisiti, menangguk di air keroh, kalau benar2 nak berjuang kena ada tanggungjawab la, kenalah ada jemaah sebagai wadah, kalau sorang2 tu nak cari nama je..

Anonymous said...

DEPA PAHAM ... CUMA BUAT2 TAK FAHAM.....

Anonymous said...

Diorang bukan bagi ceramah ilmu agama tetapi ceramah hasut menghasut, fitnah memfitnah sesama manusia... Sepatutnya mereka ni semua kene tarbiah dari dalam UMNO kalau mereka benar-benar saudara se-agama Islam dan bukan mengutuk & memfitnah dari luar dengan mengunakan kalimah Allah, Al-Quran & hadis.. Ceramah mereka hanya berunsur hasutan dan fitnah sesama saudara Islam dan saya pasti mereka semua sedar tindakkan mereka tetapi telah menjadi terlalu riak dan takbur disesatkan syaitan sehingga mereka berperasaan "syiok" sendiri dengan apa yang mereka fikir amalan dan sijil-sijil mereka dapat menghapuskan dosa-dosa mereka sesama umat. NAUZUBULLAH-MIN-ZALIQ.....

Bertaubatlah jika mereka semua masih sayangkan iman mereka......

Anonymous said...

PENGANUT AGAMA PAS NI SUDAH HILANG AKAL....USTAZ USTAZ MEREKA SUDAH LAMA BEBAL DAN DUNGGU...DEMI ALLAH MEREKA BUKAN BERCERAMAH AGAMA TETAPI BERCERAMAH POLITK DAN MENYEBARKAN PEPERCAHAN SERTA KEBENCIAN DI RUMAH ALLAH....USTAZ-USTAZ PAS BUKAN NYA PANDAI SANGAT MEREKA SEMUA NI PERASAN LEBIH....MEREKA DAH JADI GILA DAN DAH KENA CULTURE SHOCK MENTANG-MENTANG DAH MENANG MEREKA FIKIR MEREKA BOLEH BUAT APA SAJA...CELAKA...CELAKA...CELAKA.....MENCEMAR KESUCIAN MASJID DAN SURAU INI TELAH LAMA BERLAKU DI KELANTAN DAN IA TELAH MENJADI TREND PAS SEJAL ZAMAN DAHULU LAGI... DAN KINI PENYAKIT LEMBU GILA INI TERSEBAR PULA DI NEGERI TAKLUKAN PEMBANGKANG DAN USTAZ USTAZ PAS TERMASUK DR ABD RANI SEBAGAI LEMBU LEMBU PAS YANG KETOLOLAN......RAJA PUN SANGGUP MEREKA SANGGAH APATAH LAGI RAKYAT BIASA...INILAH KEBEBALAN DAN KEBODOHAN DAN KETOLOLAN BELIAU YANG AMAT JELAS......

ABE MUD KELATE said...

Kepada ustaz-ustaz PAS yang amat aku hormati...demi kesucian agama islam dan demi ukhwah sesama insan seagama tolonglah lupakan politik untuk seketika, tolong gantung kantung politik di dinding untuk sementara....ayuh cuba buka minda dan hidupkan hati dan nurani, bermuhasabah diri tanpa dibayangi politik yang memualkan....cuba pejamkan mata serta bertanyakan hati kecil kalian bagaimanakah nasib agama dan bangsa di masa hadapan....bagaimana nasib generasi pewaris di masa depan.....bagaiman dengan nasib agama di masa hadapan jika ia sering dipermain dan dikotorkan setiap detik dan saat dengan daki-daki politik......usah terlalu berpolitik kerana ia nya tidak kemana bahkan ia nya lebih banyak mendatang kerosakan kepada agama dan ummah.....kita akan hilang harga diri dan maruah jika terlalu berpolitik...menghina,mengeji dan membenci sudah jadi perhiasan diri dan peribadi dan ia akan menular ke akar umbi dengan impak yang amat besar dan menakutkan..ummah akan hancur..agama akan diperlekeh oleh sesiapa sahaja....perbalahan dan perpecahan berlaku di mana-mana sahaja angkara mulut.....fenomena ini akan dimanipulasi oleh orang lain bagi mengaut untung dan laba.....sebaliknya ummah semakin lemah dan terus lemah dan akhirnya tersungkur di bumi bertuah ini.....cuba perhatikan negara islam luar yang hancur dek perpecahan....adakah mereka lebih baik dari sebelumnya ? cubalah ustaz-ustaz PAS tepuk dada dan tanyalah iman....apa lagi yang dimahukan oleh ustaz-ustaz kalian.....negara kita sudah ada segalanya...dan negara kita adalah negara islam contoh dan tiada lagi negara islam lain yang sebaik negara kita dalam segala aspek....bahkan negara kita sering dijadikan bench mark sebagai sebuah negara islam yang paling dinamik....acuan negara islam bagaimana yang sebenarnya yang dikehendaki oleh PAS....cuba kalian berikan negara islam lain yang lebih baik dari Malaysia untuk dijadikan penanda aras nya....tentu kalian tidak akan jumpa.....tolonglah kalian lupakan politik untuk seketika....tolonglah buangkan politik jauh jauh dari rumah Allah.....kalau tak berdaya sangat dan terlampau sayang sangat dengan PAS tolonglah gantung kantung politik di pintu masjid usah di bawa ianya ke dalam kerana bau nya amat busok dan memualkan dan selepas menyembah Allah yang maha esa kalian ambil lah balik kantung tersebut untuk di simpan di dalam bekas yang elok dan mulia.......cubalah sekali sekala memikirkan tentang ummah dengan hati benar-benar ikhlas kerana Allah...percayalah politik PAS tidak ke mana dan sedikit pun tidak membawa sebarang rahmat dan nikmat kepada ummah...sebaliknya ummah terus lemah dan lemah dengan ideologi yang amat keliru......wasallam

Anonymous said...

Demi menjamin kesejahteraan rakyat malaysia yang berbilang kaum, demi perpaduan umat Islam dan demi bangsa melayu supaya tidak berpuak-puak dan berpecah-belah adalah menjadi tanggungjawab kita semua seluruh negara di malaysia ini untuk menentang habis-habisan PAS-PKR-DAP dan idealogi mereka sebagaimana kita telah berjaya menentang fahaman komunis sehingga terkubur semua parti-parti politik itu.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive