Perbalahan Pas, DAP dedah pembohongan..



KUALA LUMPUR 26 Sept. – Perbalahan antara Pas dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud mendedahkan pembohongan pakatan pembangkang bahawa mereka boleh bersatu dan bekerjasama erat dalam usaha membentuk sebuah kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, Pas dan DAP sudah tidak dapat menutup kelemahan sendiri apabila mulai menunjukkan sikap dan pendirian yang tidak sepakat dalam isu itu.

“Maka, mereka mula bersandiwara, menjadikan pihak lain iaitu Utusan Malaysia sebagai kambing hitam untuk menutup kelemahan yang sebenarnya sudahpun terdedah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perbalahan antara Pas dan DAP yang semakin memuncak dalam isu pelaksanaan hukum hudud apabila pemimpin kedua-dua parti tetap berkeras dengan pendirian masing-masing.

DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengugut bahawa pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan undang- undang Islam itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak mempedulikan tentangan keras DAP itu, malah kerajaan negeri Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariah.

Mohd. Puad berkata, pertelingkahan mengenai pelaksanaan hudud juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang terutama Pas dan DAP sememangnya mempunyai masalah untuk bekerjasama. Utusan Online

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

yang salah tetap salah.

pergunakan Islam atau ikhlas kita tidak pasti. politik ibarat sebuah kilang, walaupun ada general manager, api setiap bahagian ada penyelia masing-masing dan kepala masing2.

Pas silap apabila memilih untuk menunduk akan tekanan dari PKR & DAP. situasi ini mungkin sesuai bagi kawasan pantai barat. Pas juga silap apabila memilih Mat Sabu sebagai orang no 2 mereka.

tapi bagi kawasan Kelantan & Kedah, sebenarnya Pas punya kuasa dan sokongan untuk menentukan identiti mereka sendiri dari segi pentadbiran. sekadar polemik atau tidak,

seharusnya BN mengambil peluang ini. pertama di atas nama Islam & Ummah, kedua diatas nama Melayu. Apa salahnya jika BN menkaji balik larangan Hudud Kelantan tu, kalau benar ia tidak menurut acuan Islam sebenar, banyak cerdik pandai agama di dalam Kerajaan yang boleh menolong untuk memperbaiki draf Hudud Kelantan, malahan kerajaan pusat jika mau punya peruntukan unutk mendapatkan pandangan pakar Perundangan Islam dari luar negara.

BN terutamanya UMNO seharusnya memberi sokongan bagi Kelantan untuk melaksanakan Hudud. jika memerlukan pindaan pada Akta & Undang2 sedia ada, silakan, sila beri sokongan.

apa ruginya kepada UMNO jika Hudud dilaksanakan di Kelantan. sekurang-kurangnya jika berjaya, UMNO segawai Parti utama yg mendokong juangan Agama, Bangsa & Negara boleh berbangga kerana dalam memperkatakan bab Islam, bukan sahaja PAs yg perjuangkan, malahan UMNO juga membantu dengan mencantikkan lagi draf Hudud.

JIka tidak berjaya Hudud itu, kesan nyata bukan kepada UMNO, tetapi kepada Pas.

Saranan KP UMNO sepatutnya diberi perhatian.

paku dulang paku serpih... dulu mengata PAS yg sengaja sentia nak memecahbelahkan org Melayu, bila ada kalangan UMNO sendiri yang menjurus kepada perpaduan walau bukan dlm lingkup ideologi, itu pun tak dilayan. malahan bagai anak kecil bermai dgn air, ditepuk terpercik bukan sahaja ke muka sendiri, malahan keserata pandangan.

ish ish apalah nasib bangsaku, inikah yg dikatakan bakal tentera Panji Hitam???

tungkaran hati said...

...tetapi kata orang DS Najib takut kepada Chua Soi Lek pasal bab Hudud ni...betul ke?

PemikirpolitikJerantut said...

MOHON LINK TUAN,
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive