Tun Mahathir Laungkan Amaran Kepada Wakil2 Rakyat!!!!



Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir hari ini memberi amaran kepada Wakil2 Rakyat Negara ini bahawa rakyat amat jelak dan jijik melihat kemewahan melampau Wakil2 Rakyat mereka sedangkan ada masyarakat di kawasan Wakil Rakyat tersebut yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Beliau menjelaskan, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008. "Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," Tun M berkata demikian ketika merasmikan Program Permukiman 171 ADUN BN di Kuala Selangor petang tadi. Tun M turut dengan nada sinis mendakwa jika hendak berkereta mewah tunggu sehingga sudah pencen seperti beliau kerana beliau bukan lagi Pemimpin Negara akan tetapi bekas Pemimpin Negara. Wakil Rakyat kata beliau harus hidup secara sederhana agar tidak berlaku sebarang jurang dengan rakyat biasa. Di harap teguran Tun M ini dijadikan panduan buat wakil2 rakyat di Negara ini. Biarlah Wakil2 Rakyat PAS memilih untuk bergaya mewah pada ketika ini. Di Kelantan sahaja setiap Exco bergaya diberikan kereta Mewah Mercedes sebagai salah satu peruntukan Kerajaan Negeri. Itu dikata Negeri miskin. Jika ada wakil2 BN bersikap sedemikian, jangalah dipilih lagi orang ini sebagai calon bagi PRU13 kelak.

4 comments:

Anonymous said...

habih kalau tak lagak tunjuk hasil jawatan, kamsen sana sini nanti org kg tak respect pulak. bila tunjuk jealous pulak. memangle kitaorang sebat duit tu sebab kita orang kaya. ya be da be du

ABE ZUL JELI said...

AKU ADALAH PENYOKONG SETIA UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMANYA.....DEK KERANA SAYANG NYA AKU YANG TERAMAT KEPADA PARTI KERAMAT INI DI SINI BIAR AKU MELONTAR SEDIKIT NASIHAT MESKIPUN AKU ORANG KECIL DAN BUKANYA ORANG BESAR DAN MULIA....KEPADA YB DAN SELURUH PEMIMPIN UMNO YANG TERBACA TULISAN SIKERDIL INI, AKU MINTA TOLONGLAH BERUBAH DEMI KELANGSUNGAN PARTI PUSAKA BANGSA....TOLONGLAH HIDUP SEBAGAIMANA DISARAN OLEH TUN..CUBALAH HIDUP SEDERHANA...CUBALAH JADI INSAN BIASA PADA JIWA.....DEMI ALLAH KEMEWAHAN DAN KESENANGAN YANG KALIAN PERTONTONKAN KEPADA HAMBA RAKYAT BOLEH MENGUNDANG KEBENCIAN YANG MERUAP-RUAP....CUBALAH JADI MANUSIA YANG SEDERHANA DAN BERSYUKUR KERANA DENGAN BERSEDERHANA DAN BERSYUKUR KITA AKAN BEROLEH KEBERKATAN DAN KETENANGAN.......JANGAN TERLAMPAU MENDONGGAK LANGIT YANG BIRU SAHINGGA KALIAN MELUPAKAN RUMPUT DI BUMI.....SEKALI SEKALA TOLONGLAH MENYELAMI INSAN YANG RUMAHNYA BERATAP RUMBIA.....SEKALI SEKALA CUBA SELAMI HATI DAN BUDI INSAN BERMOBILKAN KANCIL....JANGAN TERLALU MEMANDANG INSAN YANG TINGGI DAN MEWAH KERANA IANYA AKAN MELENYAPAKAN RASA KESYUKURAN DALAM DIRI KAMU....SEBALIKNYA TOLONGLAH MEMANDANG INSAN SAPERTI KAMI YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI.....KERANA DENGAN INI KAMU AKAN BERSYUKUR DAN CUKUP DENGAN SEGALA APA YANG KAMU ADA......OLEH KERANA SAYANG NYA AKU PADA UMNO, AKU MEMOHON DAN BERHARAP PEMIMPIN-PEMIMPIN BANGSA KU AKAN BERUBAH......JANGAN TERLALU ELITIS SAHINGGA MERIMASKAN RAKYAT UNTUK MENGHAMPIRI.......BERSEDERHANALAH....BESERDERHANALAH KERANA ITU LEBIH BAIK DAN MULIA.

Anonymous said...

Kasihan dengan nada ABE ZUL 1.12 AM. Sebenarnya kita tak perlu merayu-rayu supaya pemimpin UMNO mengubah cara hidup mereka untuk beserdehana. Mereka sememangnya MESTI berserderhana. Jika mereka tunjuk lagak kaya raya, kita memang sudah tahu, mereka tu sudah corrupt tahap tinggi. Sepatutnya apabila mereka sudah bersikap menunjuk-nunjuk kekayaan yang mereka dapat kerana hasil dari kerja corrupt " hartawan politik", muka mereka sepatutnya diludahkan sahaja, lebih lebih lagi jika mereka tidak mengendahkan hal ehwal rakyat yang mereka janji akan bela. Hartawan politik ini memang bacul, kadang-kadang jadi lucu kelas bawah, kerana ada sebahagiannya jadi kera kena belacan. Mereka ingat orang akan kagum dengan kekayaan mereka, sedangkan orang sebenarnya "meluat", tambahan kalau "hartawan politik" ini bukan berasal dari keluarga berada, kurang pelajaran, tiada finesse, kurang intelek dan tidak kisah hal rakyat. Hanya banyak menunjuk sahaja! orang Melayu sekarang bukan semuanya mudah diperbodoh dan diperalat, jadi pemimpin UMNO jangan jadi badut, geli geman jadinya! Kalau dah berikrar untuk menjadi wakil rakyat, maka buatlah kerja untuk untuk rakyat!

Anonymous said...

aku kesian tengok korang bedua ni.. dalam politik korang dah la gagal.. dalam bisnes pon korang gagal.. jadi anon sudah lah.. korang ni tak penting.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive