AARON Aziz Tinggalkan Singapura???



AARON Mustapha Aziz sememangnya serius dalam kerja, bahkan seorang yang jujur dan sangat realistik. Katanya, tindakan memohon taraf penduduk tetap di negara ini dan meninggalkan tanah kelahirannya Singapura adalah demi masa depan dan kebaikan orang yang disayangi, iaitu keluarganya.

Katanya, sekiranya dia berada dalam satu keadaan di mana dia terpaksa memilih, di antara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Datuk Seri Najib, sudah tentulah pilihannya adalah Perdana Menteri Malaysia.

“Saya kena berlaku adil dan jujur. Kalaulah terpaksa memilih salah satu dari dua Perdana Menteri ini, saya pilih Datuk Seri Najib.

“Saya pilih Malaysia, kerana saya cari rezeki, di sinilah saya dapat cari makan dan keutamaan tentulah saya berikan untuk tempat yang memberikan saya perlindungan. Kerana, saya mesti bertanggungjawab pada orang-orang yang saya sayang, iaitu keluarga saya, “ katanya.

Pelakon berusia 35 tahun ini ternyata serius dalam keputusannya. Dia telahpun menjual semua asetnya, iaitu kereta dan rumah di tempat kelahirannya, Pasir Ris, Singapura, untuk bermastautin secara tetap di Kuala Lumpur.

Ketika pulang berhariraya ke republik itu bulan lalu, Aaron dan isteri bersama tiga orang anak dan pembantu rumahnya terpaksa ‘check-in” hotel kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan saudara maranya.

Aaron sedar tindakannya ini pasti akan mengecilkan hati sesetengah pihak terutama peminatnya di Singapura.

Dia bagaimanapun berharap, jika mereka benar menyokong dan meminatinya, mereka tentunya akan faham mengapa.

“Bukan senang hidup sebagai warga asing. Bukan saja saya cukainya tinggi bahkan kpos sara hidup juga tinggi kerana saya terpaksa hantar dua dari tiga orang anak saya ke sekolah antarabangsa.

“Tidak lama lagi, anak saya yang ketiga juga akan bersekolah. Saya berharap, bila saya jadi penduduk tetap negara ini, saya mahu hantar anak-anak saya ke sekolah biasa yang normal seperti kanak-kanak lain,” ujar pelakon ini yang berhijrah ke Kuala Lumpur sejak 2004.

Bila AD tanya tidakkah dia menyesal mengorbankan negara kelahirannya, Aaron Mustapha Aziz kata dia terpaksa membuat pilihan demi keluarag dan orang yang dikasihinya.

“Di sini (Malaysia) tempat saya cari rezeki, saya dapat kasi makan keluarga saya dengan hasil kerja saya di sini. Saya tidak rasa tindakan saya akan buat orang marah kerana saya datang sini untuk cari nafkah bagi keluarga saya.

“Saya tidak kisahlah kalau ada orang nak kata saya datang Malaysia kerana sudah tak laku di Singapura, sama seperti saya tak kisah orang kata saya gay. Tapi yang pasti saya memilih untuk menetap di Kuala Lumpur demi masa depan keluarga saya,” katanya.

Katanya, sebagai rakyat asing, dia bukan saja terpaksa membayar cukai yang tinggi bahkan kos hidup juga meningkat. Ini termasuk kos untuk menghantar anak-anak ke sekolah di mana dua dari tiga orang anak-anaknya kini dihantar ke sekolah antarabangsa.

“Tidak lama lagi, anak ketiga saya pula akan masuk sekolah. Semua ini bukan kecil belanjanya, sebab itu saya sangat berharap untuk mendapat PR itu kerana saya mahu hantar anak-anak saya ke sekolah biasa seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Percaya hijrah itu sesuatu yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, Aaron bagaimana sudah bersedia jawaban jika ada yang masih bertanya mengapa.

“Kerana saya sudah tidak tahu macam mana mahu berpatah balik. Isteri dan anak-anak saya sudah di sini dengan saya di sini. Rezeki pun alhamdulillah semakin baik,” katanya yang sudah mengembangkan syarikat produksinya yang dibuka ketika di Singapura. Cuma kini syarikatnya sudah ada “Sdn Bhd”, iaitu Aaron Aziz Productions Sdn Bhd.

Bulan depan, telemovie terbitan syarikatnya berjudul, “Kekasih awal dan Akhir” akan bersiaran di TV9. Tarikah siarannya pun sudah ada, iaitu 7 November.

Bulan depan, Aaron menjadi hero dalam teater Badai Semalam, novel yang diangkat dari naskhah terkenal Khadijah Hashim. Aaron akan berganding bahu bersama Erra Fazira, Umie Aida, Ziela Jalil.Ia akan dipentaskan di Istana Budaya 11 hingga 20 November dan di Singapura, tahun depan.- AGENDA DAILY

11 comments:

Anonymous said...

kat mysia ni mmg senanag nak cari makan cuma segelintir rakyat mysia tak menghargai kerakyatan yg di beri.ramai warga asing mohon menjadi rakyat mysia bermakna negara mysia ni selamat cuma puak2 fuckatan jer yg kata negara ni tak selamat,mangkuk la diorg ni,,,,,lu pk lah sendiri.....adios

Anonymous said...

salam sheih

bagi saya kalau orang melayu singapura hendak menetap di malaysia kira no hal sebab bukan mereka yang membuat hal perpisahan mereka dengan malaysia.

Anonymous said...

MALAYSIA selamat?? Kah kah kah.. hari2 ada kes samun, rogol, buang bayi, bunuh, rompak... pastu ko kata Malaysia selamat??? kah kah kah... g kat KL, dah mcm duk kat bangla.... mana2 pun penuh bangla... bodoh betul la anonymous kat atas skali nie

Anonymous said...

Anon 8:03pm-Malaysia di kira selamat kalau di bandingkan dgn negara2 lain di dunia.biasalah ,kalau dah ada 2org dalam satu tempat yg penting di ambil kira soal keselamatan.apa tah lagi rakyat malaysia yang ramai pasti tak terlepas soal keselamatan yg anon 8:03pm katakan.kalau nak dikira sehingga ke tahap itu pastilah tak ada satu pun tanah di dunia ni selamat untuk di huni.kecualilah anon 8:03pm bawa ahli keluarga tinggal di dalam hutan atau di gua2.itupun di kira bahaya sbb ada banyak binatang buas.jadi untuk selamat diri bukan mengelak dari tinggal di satu2 kawasan tetapi perangai kita yg kena jaga.jgn suka buat org benci atau marah dgn diri kita ini.kita hidup bersaudara dah tentu berkongsi rezeki di dunia ini termasuk lah di malaysia .tak pikir ker anon 8:03pm rakyat malaysia pun ada juga cari makan di luar negara seperti bangladesh.so apa nak kira kalau rakyay bangladesh dtg cari makan kat negara kita.mungkin anon8:03pm jenis yg tamak dan busuk hati sebab tak mahu terima kehadiran rakyat asing di malaysia .helo kawan tinggal dlm hutan la kalau nak srlamat.salam

otakudang said...

Anon 8:03PM
Apa lah cetek punya otak kau ni...
Tolong sebut negara mana yg aman tiada masaalah mcm kau sebut tu, kalau x dpt bagitau kau mmg org yg bodoh sombong, dah bodoh tp belagak pandai mcm kau ni la.... bangang
X ada negara dlm dunia ni yg x ada masaalah mcm yg kau sebut tu... mmg kau bangang
Yang penting rakyat malaysia ni aman, bebas dan selamat dari peperangan sesama sendiri, kebuluran, tidak ada kacau bilau dan sebagainya sbb tu kau anak beranak kau boleh hidup aman bebas kemana saja nak pergi tanpa ada gangguan...
Masaalah yg kau bagitahu tu semua negara pun berlaku tapi di malayisa ni terkawal...
Ada ke kau nmpak depan mata tiap2 hari org kena rogol, tiap2 hari jumpa bayi tepi jalan, hari2 nmpk org kena bunuh, jumpa mayat dimana2 saja kau pergi, rumah kau kena rompak ke tiap2 hari, ada ke org nak bunuh kau sekeluarga sampai kau anak beranak berkurung dlm rumah 24 jam takut kena bunuh, kena rompak, kena rogol dan sebagainya ada ke tidak....
kalau x ada maknanya negara ni aman la bodoh...
Kalau kau pergi KL ramai bangla itulah maknanya negara ni aman sbb tu lah ramai org luar dtg ke malaysia ni utk bekerja atau pun belajar itulah maknanya negara ni aman kalau x aman buat apa bangla tu dtg sini utk bekerja bodoh...
kalau kau rasa di Banglad tu lebih aman pergi mohon jd rakyat sana... ada berani? kalau x berani kau mmg bodoh...

Nok said...

Anon 8:03 ni mesti katak bawah tempurung...jgn2 S,pore pun tak pernah sampai ,jgn kata Indonesia, India ke....pasal itu berlumba2 rakyat asing nak masuk malaysia...hang pulak duk kutuk negara sendiri pegi le melancung ke india, baru hang tau malaysia ni bagus tak bagus...ini asyik duduk kat celah ke ketiak mak...mana nak berkembang minda.....

sultan_kongkek said...

Malaysia selamat..hoho..kenyataan paling terbaikkkk abad ini..

PM 1 Malaysia Najib..1Malaysia 1Sial 1Babi!!

Anonymous said...

Muhahahahaaaa....
Ada parti Fuck....tan rupanya disini....
Dia mesti rasa tak aman dan tak tidur malam bila lihat slogan tu....
HeHehaaahahaahehehhaaaa........
Fobia dgn slogan pun ada mcm2 manusia Fuck....tan ni.

Malay Delima said...

Malaysia ini penuh dengan rezeki yang allah berikan, jangan lah kita kedekut sesama islam dan sesama bangsa, Malaysia aman kerana doa2 dari rakyat malaysia, ahli ulamak dan imam2 di malaysia yang selalu mendoakan keaman untuk raja dan negara, jika tiada rakyat malaysia, ahli ulamak dan imam ini untuk mendoakan untuk keamana malaysia siapa lagi? ingatlah malaysia ini terletaknya di timur...biarlah sesiapa saja mencari rezeki di malaysia yang penting rapatkan bangsa kita jangan sampai kita ditindas dan di pijak oleh bangsa lain..!!!

Anonymous said...

saya juga mencari rezeki di KL..Selama di sini 5 tahun saya tak ada apa2 masalah keselamatan..senang untuk buat business dan banyak peluang yang ada..kalau di singapura ,cuma 1 bangsa aja yg di utamakan..saya berpuas hati dengan pimpinan PM najib dan BN..Kalau ada kekurangan sikit2 tu biasa lah..tiada siapa yang sempurna

Anonymous said...

kalau org yg tahu menggunakan akal fikirannya untuk berfikir dgn sewajarnya dan berfikiran positif... dia akan tahu menghargai betapa bertuahnya dia dilahir, dibesar sekali gus menjadi anak Malaysia.. tapi bagi yg tidak tahu cara berfikiran positif.. jgn salahkan mereka ini.. kerana mereka ini sememangnya tergolong dlm golongan MUNAFIK... kalau Malaysia tidak selamat.. kenapa ramai yg mengambil keputusan utk memohon PR di Malaysia? kenapa ramai yg sanggup melabur dlm pasaran Malaysia.. kalau sekadar kes rogol, buang bayi, penderaan... pergi buka youtube tu.. video siapa yg paling banyak ditayangkan melakukan penderaan??? cakap ikut sesedap rasa je..... Anyway.. kepada Aaron Aziz.. Welcome to our "BIG FAMILY"

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive