DAP Mahu Berkongsi Hudud Dengan PAS???



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi lampu hijau kepada kepimpinan DAP negeri untuk membuat keputusan sama ada meletakkan calon Melayu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.


Ditanya kemungkinan DAP mengambil langkah tersebut bagi mencerahkan peluang parti itu memegang jawatan Menteri Besar, Guan Eng berkata, keputusan mengenai pemilihan calon akan diuruskan kepimpinan DAP negeri.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini belum ada cadangan untuk menggantikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar jika pakatan pembangkang kembali menguasai Perak.

"Kita biarkan perkara ini diuruskan oleh DAP Perak tetapi mereka tidak ada menyuarakan hasrat untuk mendapatkan orang baru, jadi calon Menteri Besar kekal Datuk Seri Nizar.
"Berkenaan dengan pertukaran kerusi melibatkan parti-parti dalam pembangkang, rundingan masih lagi dijalankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak Ke-16 di sini hari ini.

Hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming.

Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata bahawa DAP berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Guan Eng mengulangi pendirian tegas bahawa kepimpinan tertinggi DAP akan meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Menurutnya, pendirian tersebut tidak akan berubah memandangkan pelaksanaan hukum berkenaan tidak menepati manifesto bersama pakatan pembangkang dan Buku Jingga.

Sambil mengakui isu itu boleh menjejaskan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang jika tidak ditangani secara berkesan, Guan Eng menegaskan, ketetapan itu dibuat memandangkan DAP seolah-olah dilihat tidak menjalankan tugas mereka.

"Pendirian DAP ialah kita tidak boleh menerima hudud tetapi boleh berkongsi dengan Pas dalam isu lain," tegasnya.
Menjawab pertanyaan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Edward Lee yang mengancam akan keluar parti jika tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Guan Eng berkata, pihaknya akan menyiasat dahulu kebenaran kenyataan tersebut. Utusan

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive