Ungkapan unik dan luar biasa boleh kita katakan kepada seorang lelaki bernama Ziona Ghana yang tinggal di Baktawng, India kerana mempunyai 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu dan 33 orang cucu. Menariknya, kesemua 39 isteri Ziona tinggal sebumbung bersama anak menantu serta cucu di sebuah rumah yang seakan-akan sama dengan bangunan hotel.
Isteri yang paling tua diberi tanggungjawab oleh Ziona untuk mendisiplinkan isteri-isteri yang lebih muda manakala anak-anak pula menjalani persekolahan yang didirikan mereka sendiri berhampiran dengan rumah berkenaan. Bagi menyara keluarga yang besar, Ziona turut memiliki ladang penternakan babi serta menjalankan aktviti bercucuk tanam di sekitar rumah.
Ziona bersama 39 isterinya
Rumah Ziona yang menempatkan keluarga dalam satu bumbung
Bersama isteri, anak menantu dan cucu
Kata Ziona, secara purata untuk menyediakan makan malam bagi semua ahli keluarga, mereka terpaksa menyediakan 30 ekor ayam,132lb kentang dan 220lb beras setiap hari bagi jamuan makan malam. Sementara itu, setiap daripada isteri Ziona akan begilir-gilir melakukan kerja rumah seperti memasak dan mengemas laman rumah.
Dia yang berkahwin dengan sepuluh wanita dalam satu tahun,memiliki katil yang dua kali ganda lebih besar bagi memudahkannya bersama isteri,bilik isteri paling muda, Rikmini,35 tahun adalah yang paling dekat dan isteri-isterinya akan bergilir-gilir melawat Ziona. - Reuters KLIK DI ANTI JUMUD
4 comments:
Ada orang mempinyai 1 isteri,tapi ada 100 isteri sewa.
tapi terror lagi nuar..semua isteri ziona pompuan dan tidak berzina..tapi nuar ada lelaki ada pompuan dan berzina lagi...siapa paling hebat?
nuar le....hehehe
ziona depan saja tapi anu-war depan belakang atas bawah. lagi hebat.
Post a Comment