Peguam-Peguam Anwar Mati Akal Tentang Video Sex Terbaru Dua Lawan Satu!!!



N Surendren bukan seorang peguam yang kecik anak. Mungkin atas sebab itu beliau dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi salah seorang Naib Presiden PKR. Banyak orang lain dalam parti itu yang merasa diri mereka lebih layak duduk kerusi itu dikatakan bengang dengan lantikan itu.

Ini mencetuskan cakap-cakap beliau diletak di situ untuk tidak lebih menjadi ‘pagar’ kepada bosnya yang kebelakangan ini berdepan dengan kemelut perundangan.

Surendran tentu cukup arif tentang selok belok undang-undang. Universiti yang mengajarnya hingga lulus  dan berjaya menjadi peguam tentu sudah bagi kuliah secukupnya kalau dalam bab fitnah – saman saja.

Bukan setakat beliau, Anwar juga dipagari oleh sebilangan peguam hebat hebat dan ternama lain. Sebut nama mereka termasuk Karpal Singh dan Sankara Nair, pasti mereka yang cuba ‘ ganggu’ Anwar akan terketar berpeluh.

Hairan juga mereka nampaknya macam ‘ mati kaki’ dalam isu pendedahan video seks yang didakwa melibatkan Anwar.

Ketua Pembangkang itu sendiri juga macam orang yang sudah habis cara nak bersilat dengan pendedahan ini. Ada ke jawab tidak mahu layan  hal yang mengaibkan orang apabila ditanya wartawan baru-baru ini.

Terbaru,Selasa Surendran mengeluarkan satu kenyataan dinilai para pemerhati politik ‘ cukup lemah’ untuk mempertahankan bosnya tentang pendedahan klip baru pemanas badan – aksi didakwa   dirakam di Bangkok Thailand.

Klip berkenaan memaparkan seorang lelaki yang di dakwa Anwar di dalam sebuah bilik hotel sedang menunggu untuk mengadakan aksi seks.

Ikut ceritanya klip yang ditunggu-tunggu penyebaran itu melibatkan aksi ‘ satu pukul dua’.


Dalam kenyataannya  Surendran hanya mendakwa  tindakan terdesak itu cuma satu langkah untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 .

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak  sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

Betulkah begitu? agendadaily

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive