DAP Mahu Pilihanraya Berasingan!!!!


Apa yang dikatakan sebagai pilihanraya berasing antara negeri-negeri Pakatan Rakyat belum pun menjadi keputusan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. DAP sendiri belum pun buat keputusan yang sama. Mereka sendiri sedang mengkaji risiko yang berkemungkinan timbul jika melaksanakan pilihanraya secara berasing. Soal dana juga menjadi isu yang sedang bermain di fikiran pemimpin DAP.

Kita semua tahu, DAP tidak bergantung kepada wang dalam mencari kemenangan. It’s all about branding. PRN Sarawak adalah contoh yang sangat nyata. DAP berbelanja dengan jumlah yang sangat minima tetapi menghasilkan keputusan yang luar biasa. Semuanya di atas dasar branding. DAP tak percaya dengan game ‘lambakkan duit’ kepada pengundi yang menjadi permainan biasa Anwar, PKR dan PAS. PAS sendiri, menurut pandangan DAP sudah terikut-ikut dengan budaya politik PKR.

DAP sangat gembira dengan allocation sebanyak RM300 juta dana pilihanraya yang Khalid umumkan di dalam DUN Selangor. Betul, semuanya akan terletak di pejabat Menteri Besar – namun DAP tahu bahawa dengan jumlah yang sama; memang cukup untuk menampung pilihanraya secara berasingan. Tapi, kekhuatiran DAP bukan soal ‘dana’ sahaja. DAP lebih risau pasal risiko lain.

Hakikat sebenarnya, DAP pun tak percaya dengan kemampuan PKR untuk mendapatkan kemenangan di NS, Melaka dan Johor. DAP tahu, kalau mengikut kepada maklumat yang mereka dapat dari ahli DAP di negeri-negeri terbabit – PKR tidak mempunyai cukup calon untuk diketengahkan. Kebanyakan calon adalah tangkap muat dan tidak dekat dengan rakyat.

Jika itu berlaku, andai kata negeri-negeri lain memberi mandat kepada BN dengan ‘luarbiasa’ besar – ‘counter tsunami’ akan berlaku di negeri- negeri yang lain. Ini yang DAP cukup risau.

Situasi Sarawak adalah berbeza. DAP tahu, kelemahan Sarawak adalah disebabkan kepimpinan yang terlalu lama – dan mudah untuk dimusnahkan dengan hanya kempen-kempen yang menyeluruh. Negeri lain tidak semestinya begitu.

Jom Ubah – mungkin tidak berlaku di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Malahan, DAP mengakui – kehebatan Ali Rustam di Melaka tidak akan mampu dirosakkan untuk 3 pilihanraya yang akan datang!!! Kebanyakan pemimpin DAP Melaka amat berharap mereka dapat berpindah ke Negeri lain; berbanding menyerah diri di Melaka. GA

2 comments:

Anonymous said...

DAP IS A COMMUNIST PARTY.SO DONT VOTE FOR DAP.

Anonymous said...

Asal DAP ialah "PAP". PAP adalah parti memerintah Singapura, Sekiranya DAP menang secara besar2an! sudah tentu Singapura gembira!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive