Dalam kenyataan Ning Baizura ketika sidang media beliau baru baru ini, Murai melaporkan bintang bersuara lantang ini telah berkorban dengan menjual dua buah kereta milik beliau untuk membiayai konsert Ning at KL Live.
Enggan mendedahkan angka sebenar kos konsert beliau ini nanti namun Ning Baizura mengakui beliau telah mengeluarkan ratusan ribu ringgit dan menjadi pelabur utama dalam projek ini.
Nekad untuk menjadikan konsert solo kedua beliau ini sesuatu yang lain dari yang lain, Ning Baizura telah merujuk persembahan beberapa nama terkenal dunia termasuk penyanyi diva Celine Dion. ROTIKAYA
**Kenapa Ning tak minta pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau tak silap EP Ningkan baik dengan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri ada banyak duit lebihan kononnya hasil daripada penjimatan perbelanjaan Kerajaan Negeri. Jadi tak ada masalah untuk kerajaan Negeri untuk melabur pada konsert Ning...EP
2 comments:
Luasnya mulut...
mana boleh melabur duit kerajaan negeri kat concert Ning dengan sesuka hati seperti apa yang dipersoalkan. kalau buat macam tu pula bakal jadinya penyalahgunaan kuasa.
kalau betul2 nak melabur dengan duit negeri pun seharusnya prosedur2 dirujuk. pelaburan dibuat secara terbuka, bukannya secara tertutup atau 'sunyi' seperti apa yang selalu berlaku sekarang dimana keuntungan digaut untuk diri sendiri malah kerugian ditanggung oleh kerajaan!
Post a Comment