Isu Hudud Buat Nik Aziz Tertekan!!!



Sungguh mudah Mursyidul Am berusaha menyelesaikan kontroversi hukum hudud setelah menimbulkan kontroversi bagi menjawab bahawa ianya benar-benar boleh dilaksanakan di Kelantan setelah dua puluh tahun tertangguh.

Kaedah Menteri Besar menangani isu juga nampaknya terlalu klise apabila menyerahkan tanggungjawab itu kepada jawatankuasa yang dibentuk untuk mengkaji kaedah pelaksanaannya setelah tertangguh begitu lama hinggakan masyarakat seakan-akan lupa bahawa janji pilihan raya 1990 itu belum tertunai lagi meskipun ianya telah diluluskan dua tahun kemudian.

Kali ini, apabila beliau mencadangkan perlaksanaannya secepat mungkin bagi mengatasi gejala sosial dan jenayah di Kelantan yang dilihat semakin meningkat adalah bukti bahawa sehingga kini PAS telah gagal menjadikan rakyatnya lebih berkelakuan baik dan boleh dicontohi sebagai sebuah model “membangun bersama Islam.”

Kalau pun Nik Aziz tidak boleh dianggap sebagai orang yang cepat lupa, kita boleh memahami bahawa sebenarnya PAS tidaklah serius untuk melaksanakan hukum hudud. PAS hanya menggunakan pendekatan tersebut bagi memulihkan keyakinan ramai penyokongnya sendiri setelah tersedar ada banyak kesilapan berlaku sepanjang mentadbirkan Kelantan berdasarkan slogan membentuk kehidupan sejahtera bersama parti itu.

Ramai sudah memberikan reaksi bahawa hukum hudud sebenarnya tidak boleh dilaksanakan dengan jayanya kerana faktor persekitaran yang tidak kondusif termasuk mekanisme yang belum jelas. Sehingga kini, PAS masih belum bersungguh-sungguh untuk menolak persepsi buruk terhadap keadilan kerana kaedahnya tetap memerlukan saksi dalam beberapa kes, saksi tidak dapat diperoleh, kerana tidak semua kejadian berlaku secara berkumpulan dan dilihat oleh orang lain.

Dalam kaedah moden, ada mekanisme untuk menentukan kesahihan sesuatu kes misalnya rakaman cctv atau visual, cap jari, DNA dan lain-lain petunjuk forensik. Rakaman cctv atau visual tidak diterima oleh PAS meskipun ia boleh dibuktikan ketulenan kerana ia tidak mempunyai perasaan, ibarat seperti besi. Inilah sifat sebenar pemimpin-pemimpin PAS yang tidak suka berdolak-dalik sekiranya sesuatu itu tidak memberikan keuntungan politik.

Dalam memperkatakan soal hukum hudud misalnya, PAS juga menjelaskan bahawa mereka akan melipatgandakan usaha memberikan penerangan, tetapi perkara tersebut telah pun diberikan jaminan sejak ianya mula-mula diperkatakan. Hingga kini, setelah dua puluh tahun berlalu, rakyat masih belum cukup jelas, bahkan sekutu politiknya, DAP tetap tidak mahukan hukum hudud.

Kita mungkin boleh mempersoalkan apa yang pernah dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS sendiri bahawa parti itu mempunyai pendekatan dalam melaksanakan penerangan atau dakwah kepada bukan Islam. Hingga kini kita masih melihat ada kejayaan besar yang diteroka oleh PAS sehingga membolehkan bukan Islam menerima hukum hudud, bahkan pemimpin besar DAP tetap mempertahankan hukum sekular.

PAS sebenarnya telah gagal untuk mengajak bukan Islam memahami keluasan dan kejernihan Islam. Apa yang berlaku ialah PAS telah berubah dan terikut-ikut dengan kehendak ideologi politik yang sedang dipetakan oleh DAP dan sosialisme yang dibangunkan oleh PKR. Secara jelasnya PAS gagal mendekati bukan Islam dengan perspektif yang betul mengenai Islam. Itulah dosa sosial terbesar PAS setelah menipu penyokongnya terlalu lama.

PAS bukan sahaja telah berdosa kepada pengundinya, ikut berdosa kepada Islam yang mahu dipolitikkan apabila sentiasa menganggap bahawa perjuangan mereka sahajalah berlandaskan Islam termasuk cadangan terbaru untuk mengenakan hukuman sebat dan penjara kepada suami isteri yang bercerai atas sebab tidak ada persefahaman.

Setakat ini PAS masih belum mengeluarkan kenyataan bagaimana mengekang nafsu suami yang menghabiskan sebahagian hidupnya berseronok dengan gadis-gadis Thai sehingga menjadikan negeri itu mempunyai kes jangkitan HIV/AIDS tertinggi. Kenapa PAS tidak mengenakan tindakan yang keras kerana berzina itu merupakan dosa besar dengan melarang lelaki Kelantan bermalam di pekan-pekan sempadan dengan Thailand.

Untuk membendung penagihan dadah, kerajaan PAS juga belum menunjukkan langkah yang berkesan walaupun negeri itu turut mencatatkan peningkatan penagihan yang besar. Oleh kerana kedudukannya hampir dengan kawasan sempadan dan mempunyai pesisir pantai yang panjang, usaha membawa masuk najis terlarang it uterus berlaku. Kenapa tidak dilaksanakan hukum yang lebih berat kepada pengedar dadah termasuk menyebat mereka yang menagihnya.

Sebenarnya PAS tidak jujur dengan idealisme perjuangan politiknya dan kerana itulah ia terus dilihat semakin hanyut serta terbelenggu dengan pemikiran politik jumud. PAS tidak berjaya membuka minda rakyat dengan memberikan keyakinan bahawa apa penting ialah perubahan dalam diri rakyatnya darikurang memahami Islam kepada lebih memahaminya.

Islam bukan agama yang berbentuk ritual semata-mata. Islam adalah sebuah cara hidup yang lebih luas daripada ritual, kerana setiap apa yang dilaksanakan akan diberikan ganjaran pahala, termasuk bercakap benar, menepati janji, menghormati setiap orang yang melakukan kebaikan, membangunkan kesejahteraan hidup orang ramai secara halal (bukan dengan melakukan penyeludupan dan menjual minyak bersubsidi kepada negara jiran) dan sentiasa memikirkan untuk menyelamatkan akidah ummat.

Apa yang berlaku, PAS tidak akan ikut serta dalam setiap program yang bukan dianjurkan parti sekutunya. Bahkan, dalam perhimpunan sejuta ummat yang diadakan pada 22 Oktober lalu PAS terus mengambil sikap negatif menolaknya kerana perhimpunan tersebut berlangsung dalam suasana aman dan mempunyai permit. Seperti kebiasaannya, PAS amat gemar kepada sesuatu yang berbau ektremis dan tidak menghormati undang-undang seolah-olah cuba menggambarkan dirinya sebagai “Robin Hood Islam” dalam politik Malaysia.

PAS hanya gemar mencetuskan kontroversi dan mempertajamkan politicking. PAS tidak benar-benar ikhlas berusaha memugarkan akidah umat Islam, maka suatu hari nanti lebih ramai golongan muda tidak lagi mempercayai parti itu, yang dalam sesetengah tindakan lebih bersifat kuku besi apabila Mursyidul Amnya menjadi lebih berkuasa berbanding Presidennya, Haji Hadi Awang. Haji Hadi terpaksa memperoleh pandangan Nik Aziz terlebih dahulu sebelum boleh mengeluarkan pendapat, kerana itulah “kerajaan perpaduan” dilihat gagal mencapai petanda positif.

Maka, PAS akan terus berada dalam takuk lama. PAS akan terus dikerdilkan oleh sekutunya dan kerana itulah PAS tidak akan mampu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Dan, itu adalah lebih mudah bagi PAS untuk membuat tuduhan baru bahawa ada percubaan untuk mensabotajkannya, sedangkan persiapan sebenar parti itu masih belum apa-apa. Parti itu hanya lebih banyak bercakap, maka itulah Nik Aziz sebenar merasa aib apabila tidak lagi mahu menjawab soalan-soalan media berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud. KLIK DISINI

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive