Kerajaan Selangor Membazirkan Wang Rakyat..!!!!!!



Kira-kira RM40 juta wang rakyat terpaksa dibazirkan jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkeras mahu mengadakan pilihan raya berasingan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu menggambarkan kerajaan negeri tersebut mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

"Biarpun ia adalah hak kerajaan negeri mengikut undang-undang tubuh negeri, tetapi adakah kerajaan negeri akan membiayai pilihan raya (berasingan) itu?

"Banyak perkara perlu dilihat termasuk kepentingan rakyat, pembaziran wang dan tenaga kerja juga akan bertambah termasuk polis yang terpaksa mengawal ketenteraman awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan. Utusan..

2 comments:

Anonymous said...

tgk muka je dah serabut

Anonymous said...

muka takda nuuurr mcm nuar.............

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive