PAS Dan DAP Bergaduh!!!!



Kerajaan Pas Kedah tidak bersetuju dengan hasrat sekutunya DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam jika dipilih sebagai pemerintah negara kerana kerajaan memerlukan ramai golongan itu bagi memberi khidmat pelanggan yang cekap kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, jumlah kakitangan awam sepatutnya ditambah bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran supaya selaras dengan perkembangan semasa yang menyaksikan pertambahan rakyat dan pembangunan.

Kata beliau, persoalan memaksimumkan tenaga penjawat awam adalah perkara berlainan tetapi keperluan dan keutamaan adalah untuk memenuhi tuntutan rakyat.

"Saya tak setuju nak kurangkan. Kita perlu kepada penjawat awam untuk tujuan mentadbir berdasarkan kepada keperluan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Azizan, kerajaan negeri yang ditadbirnya tidak pernah terfikir untuk mengurangkan kakitangan awam kerana bilangan bukan menjadi persoalan tetapi berdasarkan nisbah keperluan.

"Hari ini saya tengok rakyat Kedah semakin bertambah. Zaman saya mula-mula menjadi Menteri Besar dahulu, jumlah penduduk negeri ini sekitar 1.9 juta orang tetapi sekarang dah 2.1 juta orang.

"Rakyat akan semakin bertambah dan perlu kepada kakitangan kerajaan yang banyak untuk menguruskan pentadbiran," ujar beliau.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penganjuran sebuah konsert melibatkan beberapa artis tempatan yang dijadual berlangsung di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini pada 3 Disember ini, beliau berkata, kerajaan negeri menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk mengendalikannya.

Ini kerana, kata beliau, penganjuran pertunjukkan dan hiburan berada di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan dan ia tertakluk kepada peraturan ditetapkan.

"Kerajaan negeri tak kacau kecuali konsert itu agak kontroversi dan bercanggah barulah kita tengok. Kalau normal terpulang kepada pertimbangan PBT," katanya.

Mengenai dakwaan dua keluarga dari Pokok Setol, Baling yang dikenakan caj air tidak munasabah oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) sehingga mencecah hampir RM1,500 dan RM500 bagi bulan lalu, Menteri Besar berkata, ia melibatkan perkara teknikal kerana penggunaan meter paip air yang baru.

Katanya, pihak yang terlibat diminta datang berbincang dengan Sada bagi menyelesaikan masalah berkenaan termasuk diberikan rebat. Utusan

2 comments:

Anonymous said...

DAP parti "KURANg HAJAR" pandai-pandai nak kurangkan kakitangan Awam, sebenarnya mereka dengkikan bangsa Melayu yang menguasai kebanyakan jawatan dlm perkhidmatan Awam. Harap kerajaan jangan tunduk pada desakan melampau ini. Cukup bahaya kalau bangsa bangsat ni menguasai Perkhidmatan Awam. . .habis segala dasar kerajaan akan mereka pinda. . . ingat wahai pemimpin bangsaku! ! ! jangan musnahkan negara tercinta datuk monyang kita.

Anonymous said...

cina memang macam tu...kalau boleh depa nak perah habis keringat kita...tengok lah bila buat bisnes...kalau boleh pekerja depa amik sorang je...kerja mcm nak mampus....hakikatnya memang mcm tu....cina memang perah tenaga....

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive