PAS Hilang Hilang Taringnya..!!



Dulu PAS nampak garang dan sanggup buat apa saja termasuklah berdemonstrasi semata-mata kerana mempertahankan penganut dan lslam itu sendiri.

PAS tidak pernah menikus  kerana takut kehilangan undi orang-orang Melayu dan juga bukan Melayu.

Tokoh-tokoh PAS berpegang kepada  dasar “berani kerana benar” maka PAS dilihat menjadi benteng lslam di negara ini.

PAS menggambarkan UMNO sebagai terlalu pragmatik dan liberal hingga terlalu berkompromi dalam hal-hal agama lslam.

Kerana itu sejak merdeka, UMNO kehilangan hampir separuh undi Melayu yang berpaling kepada PAS kerana stigma yang ditampalkan PAS hampir 50 tahun itu.

Kini apa yang UMNO sudah buat sejak 1946 bukan saja ditiru malah dijadikan asas perjuangan parti itu. Kini PAS cuba menggambarkan parti itu “lebih liberal daripada UMNO malah lebih pro bukan Melayu.”

Dulu sejak DS Anwar Ibrahim masih di universiti lagi,  setiap kali ada pihak memperlekeh agama Allah, budak-budak PAS dan para pelajar ini keluar berdemonstrasi.

Masuk keluar lokap dan penjara sudah menjadi sebahagian daripada adat dan budaya perjuangan mereka.

Hari ini semuanya tinggal sejarah dan PAS bukan lagi “the savior of lslam” di negara ini.

Ooppps . . . .beberapa bulan lalu ada juga yang sanggup masuk lokap kerana berdemonstrasi bersama Bersih 2.0--itu kerana mereka menjadi dalang DAP dan penganjurnya Ambiga.

Setiap kali Israel menyerang rakyat Palestin atau menceroboh bumi Palestin, budak-budak PAS berada di barisan depan membantah.

Turut ditempelak tentu saja Amerika Syarikat yang dilihat boneka Israel dan banyak kali juga kita lihat bendera “paman Sam” itu dipijak dan dibakar.

Kini PAS sudah sedar perbuatan itu merugikan perjuangan mereka kerana orang-orang bukan lslam tidak suka melihat Malaysia anti-Israel dan anti-Amerika syarikat.

PAS dan PKR nampaknya membiarkan isu-isu yang merugikan masa depan orang-orang Melayu di negara ini diperjuangkan rakan mereka, DAP.

Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) juga membiarkan isu-isu fitnah serta serangan peribadi dijadikan isu ceramah oleh DAP di setiap tempat.

Pendedahan yang dibuat oleh media massa termasuk media berbahasa Cina mengenai perkara ini bukan saja didiamkan  malah mereka dilihat seperti memberikan sokongan.

Pemimpin-pemimpin Melayu di pelbagai peringkat dalam PKR kini macam terperangkap kerana gagal menyekat DAP dari memainkan isu-isu perkauman serta isu-isu yang merugikan perjuangan orang-orang Melayu.

PAS menyedari sejak menjadi  komponen  “haram” dalam PR, ia  lebih merugikan perjuangan parti itu dan menjadi liabiliti kepada umat lslam di Malaysia.

Sikap PAS yang berdolak dalih dan menghalalkan perjuangan yang haram itu kerana semata-mata kemarukan  undi cina.

Kerana sikap PAS ini maka DAP semakin bermaharajalela mempersendakan pelbagai perkara termasuk hak orang-orang Melayu serta juga hal-hal yang ada kaitan dengan agama lslam.

DAP boleh baca kedudukan PAS kini dan kerana itu DAP tidak takut PAS akan meninggalkan PR. PAS dilihat seperti memberikan DAP lesen besar untuk mendepani orang-orang Melayu dan agama lslam.

Tanpa undi cina, PAS  bukan saja akan kehilangan pengaruh malah harapan untuk mengekalkan kerusi-kerusi sekarang tidak akan tercapai.

Media cetak serta portal berita pro PAS menjadikan orang Melayu UMNO sebagai sasaran. DAP bebas buat apa saja kerana “media ini” tidak lagi seberani zaman gemilangnya.

Isu terbaru yang membuka pekung tentang perjuangan DAP ialah mengenai kenyataan salah seorang tokoh parti  berhubung pengurangan kakitangan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata jika DAP berkuasa, parti itu akan mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan. Seperti yang diketahui, 90 peratus kakitangan kerajaan adalah berbangsa melayu.

PAS nampaknya menikus untuk berpiket atau berdemonstrasi mengenai isu ini seperti mereka begitu berani menyertai demonstrasi Bersih 2.0 tempoh hari.

Mana dia Hadi Awang yang menjuarai hak asasi sedangkan pada masa sama apabila kakitangan kerajaan berdepan isu-isu ini, dia kecut dan hilang keberanian.

Kalau dulu dia sanggup ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa, kini dia nampaknya macam bersetuju dengan DAP.

Di Perak, Pemuda MCA terpaksa  membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin DAP negeri kerana memfitnah tujuh pemimpin MCA dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain ucapan tokoh DAP itu yang dibuat semasa meraikan ulang tahun ke-45 parti itu di Ipoh pada 13 Oktober lalu tersiar dalam youtube, ia juga diedar melalui DVD.  Laporan polis dibuat di ibupejabat polis Ipoh disertai 20 ahli parti termasuklah Pengerusi biro pengaduan awam  Datuk Michael Chong.

Mereka mahu pihak polis menyiasat tokoh DAP   itu mengikut seksyen 499 Akta Hasutan. Agenda Daily

3 comments:

Gerakan Anti najib/Rosmah said...

Lu sedar ker apa yang lu tulis nih atau pun lu memang jenis pekak badak. Siapa kata PAS sokong isu mengurangkan kakitangan awam. Tolong bagi nama-nama pemimpin PAS yang menyokong, pasal gua pun nak tibai sama. Lu memang dah buta mata hati pasai hari-hari dok dengar pembohongan yang dilakukan oleh orang yang lu cacaikan. Siapa kata PAS sudah hilang arah untuk bersama dalam PR. PAS tidak pernah mengubahkan dasarnya walau pun bekerjasama dengan DAP. Lu patut nasihat orang yang lu cacai supaya kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah supaya dapat sama-sama dengan PAS. Bagi gua, orang yang yang mengaku Islam tetapi menghina hukum Islam lebih hina dari DAP yang dah nyata kafirnya. Kalau Umno kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah, gua orang yang pertama akan mempertahankan Umno.... itu janji gua tapi sanggupkah pemimpin tertinggi Umno melakukannya lebih-lebih lagi dengan Bik Ma gua sorang nih.

Anonymous said...

PAS tidak hilang arah? Mengkafirkan saudara saudara Islam dalam UMNO itu ikut arah mana? Menikus bila Lim Kit Siang memperlekeh ibadah kurban ornag Islam ikut arah mana? Menghina wanita wanita sederhana yang tidak bertudung tetapi masih sopan perangai dan adabnya ikut arah mana? Membenarkan pengikut PAS memaki hamun seperti yang gemar diamalkan oleh tok guru ularmak ikut arah mana? Mengangkat martabat sendiri sebagai lebih Islam dan orang UMNO itu kafir sedangkan ketentuannya hanya Allah sahaja yang tahu, ikut arah mana? yang pastinya PAS tidak tahu musuhnya yang sebenar! Bersekongkol dengan kawan yang takrifan kebaikan pakatannya masih samar dan tersirat sedangkan PAS sendiri itu sudah buta hati gara-gara sikap dengki dan khianatnya itulah masalah besar PAS. Mohon Allah selamatkan semua orang Islam yang mahu bertaubat , belajar dari kesilapan dan tidak lupa saudara dalam Islam. SubhanAllah!

Anonymous said...

anon 1058...aP yg but Hti..kLu org umno but hTI..LU BUT P..but PEROT org kedah kata....buta perot makan apa pon jd taik...tak jd akai....lu pegi la tnay hadi..dia setuju dak kalau DAP krgkan kakitangan awam...aku rasa dia jwb..ikut suka lu la LGE nak bat apa janji lu kasik undi skit kat i...

lu kata pas tak penah ubah dasar...hoi..bangang ka...arah pejuanagn lu orang dah berubah la bongok..dr ngr ISLAM ke ngr KEBAJIKAN..kalau btoi kebajikan takpa..ni dak..nak isi tembolok lu org..tembolok ciba..bodoh nya...KR1M elok nak tologn org susah...lu org gi sokong pkr dok hantam produk KR1m...pejuangan apa lu org buat ni..bangang btoi..

lu nak org umno kembali pada quran dan sunnah..dah lama kami ikut..lu ingat pok nik ajih lu ikut sunnah dan quran ka....samapi dia kata solat pon demonstrasi...nabi pojn ikut kroni....sunnah dan quran ke tu...doa minta allah turun bala pd najib..sunahh ke?..solat hajat supaya turun bala pd org..sunnah ka...quran man lu org ikut...bangang betoi..

lu nak masuk unmo kalau umno ikut quran dan sunnah ka..lu masuk sekarang juga..sbb dah lama kami ikut quran dan sunnah....lu ingat org umno ni tak pakai serban..kafir ker...bangang btoi...

lu dok kalut pasal bik mama kenapa...lu ingat mak lu bagus sgt ker....lu kaji mama lu zmn muda mcm mana....ikut islam sejati ker....yg lu dok kalut hal org...jaga tepi kain sndr la....lu ingat wan ajijah tu wan solehah ke...sokong suami liwat dan buat maksiat..solehah ke..bangang la lu.....

lu blk lu ambik sembahyang su solat taubat....kerna mulut lu...wa sbg org umno dah tak maafkan samapi mati....wa rasa terhina bila lu kata pemimpin gua tak ikut quran dan sunnah....lu ingat nik ajih pakai serban dah cukup islam ker....bangang lu...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive