Anwar Ibrahim Tidak Boleh Dipercayai - Bekas Ahli PKR AMK Ulu Kelang


Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ulu Kelang menyertai UMNO Gombak ekoran hilang kepercayaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mengotakan apa-apa yang dijanjikan.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd. Jefry Sallehuddin mendakwa, selama 13 tahun bersama Anwar beliau amat memahami perangai Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

"Cukuplah setakat ini sahaja, bukan setahun saya mengenali beliau tapi sudah 13 tahun. Anwar cakap lain, buat lain.

"Nasihat saya kepada rakan-rakan lain agar kembali kepada UMNO kerana tidak ada parti kecuali UMNO yang mampu membela bangsa dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ahli AMK Ulu Kelang sertai UMNO Gombak dan Ikrar Sokong Barisan Nasional (BN) di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dan Setiausaha Kerja BN Selangor, Datuk Radin Mokhtar Md. Yusof.

Menurut Mohd. Jefry, secara keseluruhan hampir 1,000 ahli AMK akan keluar PKR.

Sementara itu, Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada Mohd. Jefry yang bersedia kembali menyertai UMNO. Utusan

2 comments:

praha2 said...

eden bersyukor lah oran melayu ah terbuko hati mereko. yang salah tetap salah dan botol totap botol. kalo dah sosat jalan balik kepangkal jalan. jangan kalo dah soset tu jalan jo jawab nyo tanyi diri sondiri lah.
eden terpanggil menyahut agar kito ramai ramai keluar dari kepompong pkr. marilah kito sokong parti melayu/bumiputra yang menjago kopenting kito. nak harapkan yang lain udah lah jaug api dari panggang.

Anonymous said...

alhamdullahi rabbil alamin. syukur pada mu ya allah.satukan lah kami kembali demi anak bangsa melayu dan yang penting sekali agama islam yang kami cintai.lets get together and lets us holding each other hand and dont let go. we love u saudara se islam ku. push away DAP dan party involved.support roti gardenia.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive