Bergelora jiwa rasa membuak-buak mendengar laungan keramat ‘Hidup UMNO’ bergema. Biarpun saya bukan perwakilan dan tidak dapat menikmatinya di dalam Dewan Merdeka tetapi teramat bangga saya dilahirkan sebagai Melayu serta disemai semangat perjuangan bersama UMNO sejak saya kecil.
Walaupun saya hanya berada di perkarangan PWTC yang menjadi kebanggaan UMNO, saya masih tetap tidak mahu ketinggalan dengan momen bersejarah ini.
Saya merasai setiap perubahan yang kini disebut sebagai transformasi sebagai aspirasi golongan muda. Bagaimana mungkin boleh dinafikan bukan hanya oleh saya malahan oleh semua warga Malaysia waima pembangkang yang berhempas pulas mewujudkan manipulasi dan persepsi terhadap UMNO.
Saya amat yakin, parti-parti pembangkang juga mengikuti perkembangan UMNO, dalam kata lain mereka iri hati dengan apa yang telah dilakar oleh UMNO kerana parti ini adalah parti keramat yang lahir atas jiwa perjuangan sejati demi agama, bangsa dan negara.
Pembangkang tidak akan dapat menikmati laungan perpaduan dan semangat kebangsaan sebagaimana UMNO kerana di dalamnya penuh dengan syak wasangka, tidak ikhlas dan gagal mengaplikasikan agenda konsensus berbanding UMNO yang luhur menjulang kegemilangan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Hidup UMNO! Hidup Melayu!
UMNO
0 comments:
Post a Comment