Janji - Janji PKR Dan DAP Hanya Perangkap - Abdul Shukor Idrus



UMNO Selangor menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negeri ini apabila menabur janji-janji baru bagi menarik sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, janji-janji tersebut hanya sebagai 'perangkap' dan helah PKR bersama sekutunya, DAP dan Pas untuk mendapatkan undi tetapi bukannya berniat untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang membuat pelbagai janji kepada rakyat negeri ini melibatkan ekonomi dan sosial, namun akhirnya janji hanya tinggal janji.

"Apa jadi dengan janji menyediakan perubatan percuma kepada rakyat Selangor berusia 65 tahun ke atas, sewa minimum premis perniagaan kepada belia yang berniaga serta penurunan cukai pintu masing-masing sebanyak 20 peratus bagi kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial?

"Itu antara janji yang kini dipandang sepi oleh pakatan pembangkang, banyak lagi janji mereka yang tidak ditunaikan meskipun sudah empat tahun mentadbir Selangor. Kini, mereka buat janji-janji lain pula untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Anwar ketika mengadakan ceramah di Meru, Klang, menyatakan bahawa PKR, DAP dan Pas kononnya akan menurunkan harga minyak serta-merta sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya dan beliau menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.

Selain menurunkan harga minyak, Anwar turut menabur janji-janji manisnya bahawa partinya itu akan menghapuskan kadar tol di lokasi laluan yang lama termasuk pelaksanaan gaji minimum pekerja sebanyak RM1,200 sebulan.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, janji-janji Anwar dan parti pembangkang hanya bersifat bermusim dan mereka menampilkan sikap hipokrit apabila cukai pintu dan premis perniagaan difahamkan telah dinaikkan oleh kerajaan PKR negeri ini.

Malah, katanya, denda kelewatan bayaran cukai pintu dikatakan turut dinaikkan daripada RM2 sebelum ini kepada RM20.

"Ini bukti kerajaan negeri hari ini telah menekan rakyat dengan cara menaikkan kadar cukai tersebut termasuk denda bagi mendapatkan hasil negeri. Ini satu pendekatan yang menyusahkan rakyat dan zalim.

"Pada masa yang sama, kita persoalkan janji gaji minimum yang dibuat oleh Anwar sebanyak RM1,200 sebulan sedangkan sebelum ini, pakatan pembangkang menetapkan gaji minimum RM1,500 sebulan. Kita lihat janji mereka sebenarnya tidak jelas dan tidak konsisten," katanya. :- Utusan

1 comments:

Anonymous said...

Siapa kata PR tak tunaikan janji!!!!.Sudahhhhhhh!!!!.Tapi janji palsu la!!!

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive