Kit Siang Masih Tidak Waras Lagi..!!!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang digesa supaya berhenti menghasut rakyat Malaysia supaya tidak lagi menghargai nikmat kemakmuran negara di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, kenyataan seperti itu hanya mencerminkan betapa rendahnya pemikiran Kit Siang hanya kerana mahu mencapai matlamat dan agenda politiknya.

"Tidak ada orang lain yang bercakap hal ini seperti Kit Siang. Apa yang dikatakannya itu jelas memperlihatkan matlamat perjuangan partinya yang hanya berkisar kepada kepentingan satu kaum sedangkan negara ada pelbagai latar belakang kaum yang sudah lama hidup sejahtera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas artikel oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia hari ini mengenai perutusan Tahun Baru Cina yang disampaikan Kit Siang yang antara lain menyebut bahawa masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan BN gagal.

Awang Selamat turut mempersoalkan sikap Kit Siang yang dilihat tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kamaruddin berkata, Kit Siang perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya sekiranya rakyat Malaysia benar-benar terpengaruh dengan apa yang dikatakannya itu.

"Jika dia mengakui bahawa dia adalah rakyat Malaysia yang sudah hidup di negara ini sejak sebelum merdeka lagi, maka dia tidak akan berkata seperti itu," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md. Harun berkata, Kit Siang cuba menidakkan pengorbanan generasi terdahulu terutama orang Melayu dalam mencapai kemerdekaan dan kemakmuran negara yang ada pada hari ini.

Katanya, kenyataan Kit Siang itu menunjukkan betapa murahnya pengorbanan yang terpaksa dilakukan generasi terdahulu untuk mendapatkan keamanan negara.

"Kit Siang umpama daun api-api yang duduk di sesuatu tempat dan cuba sedut semua khasiat yang ada pada pokok itu sehingga rosak," katanya.

Beliau berkata, bukan sekali dua Kit Siang cuba membangkitkan isu perkauman seperti yang dikatakannya dalam perutusan itu. :- Utusan

2 comments:

Anonymous said...

ini jali bikin kolek taik idong...manyak selap oooo.....grrrrrrrrrrrr

Megat Alam Gempita said...

Dasar anak cucu keturunan pengganas komunis dan pelahap daging babi memang macam tu perangai memang sentiasa buruk.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive