Apa Komen Lim Guan Eng Parti JATI Bergabungan Dengan PERKASA???



Jalur Tiga (Jati) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.

Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Jati (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihak mengalu-alukan kesemua NGO yang mahu menyokong tiga elemen berkenaan.

Menurutnya, pelancaran Jati secara rasmi pada 21 Februari ini, akan dihadiri oleh 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan.

"Jati adalah NGO berdaftar dengan ROS, dan sehingga kini sokong yang diterima Jati amat menggalakkan. Jati juga tidak risau persoalan sama ada dilihat mahu bersaing dengan NGO tersebut (Perkasa), kerana kita bersedia bekerjama dengan mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan IMR," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya lebih ramai NGO yang memperjuangkan IMR, ini lebih baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan.

Pada 21 Februari ini, Jati akan dilancarkan di Shah Alam dan pelbagai program akan dilakukan termasuk persembahan nasyid dan multimedia. :- EP

2 comments:

Unknown said...

seronok jikalau lihat...orang melayu mempunyai pilihan untuk memberi sokongan......hidup negara ku....Malaysia..

Anonymous said...

Seorang bekas Exco Kerajaan Negeri yg berwibawa yg berani membangkang didalam parti Pembangkang iaitu Pakatan Rakyat didlm Dewan Undangan Negeri ADUN.berani menghadapi risiko dan pemimpin yg berkualiti dan disegani.

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive