HOT BEB!!!! Sebab Mahu Tutup Kesilapan Sendiri Guan Eng Sanggup Guna Wang Rakyat 14Juta...!!!



Barisan Nasional (BN) negeri mempertikaikan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membayar RM14 juta daripada jumlah ganti rugi RM29.36 juta kepada pengusaha kuari, Tang Hak Ju pada 2010 ketika kes itu masih dibicarakan di Mahkamah Rayuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya menunggu terlebih dulu keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat sebarang pembayaran ganti rugi berhubung kes berkenaan.

“Saya langsung tidak nampak asas tindakan Guan Eng apabila beliau terus membayar ganti rugi seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sedangkan Mahkamah Rayuan masih membicarakannya dan hanya membuat keputusannya bulan lalu.

“Tindakan Guan Eng itu jelas sekali beliau lebih suka menggunakan wang rakyat yang diambil dari dana negeri, kemudian mempolitikkan isu berkenaan demi kepentingan DAP, " katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Pada 2005, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan kerajaan negeri membayar ganti rugi RM29.36 juta berserta kadar faedah lapan peratus setahun kepada pengusaha kuari terbabit.

Mahkamah Rayuan kemudian mengurangkan bayaran ganti rugi kepada RM500,000 dan kemudian pengusaha kuari terbabit memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata tuduhan Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri kes berkenaan sebagai skandal tidak wajar dan boleh mengelirukan orang ramai mengenai perkara yang sebenarnya.

“Isu itu timbul apabila kerajaan negeri sebelum ini membuat keputusan selepas diberikan maklumat yang salah oleh pegawai bertugas. Bagaimanapun, kesalahan itu dapat dikesan dan kerajaan negeri cuba membetulkannya semula.

“Perkara ini boleh berlaku kepada mana-mana kerajaan termasuk kerajaan yang diterajui Guan Eng dan ia bukannya skandal atau penipuan dan perkara ini sudah pun disahkan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), " katanya. :- Empayer Pemuda

5 comments:

Anonymous said...

Orang politik semua cekap hidu dan main isu.... Guan Eng memang la, Nik Aziz pun sama!

Anonymous said...

Kalau tengok saja muka si guan eng ini...teringat akan anak dia yang suka pada nenen.

sondol adlin said...

Orang Melayu harus menganyang DAP dan PKR jgn biarkan mereka dibumi Malaysia ini, kita halau dia

sondol adlin said...

Chelaka DAP dan PKR orang orang Melayu yang sokong pati memang dah dimurtadkan dengan minum kencing dan darah babi macam org Pas sanggup pegi ke pasar babi

Anonymous said...

Mereka tu tahu, tapi inilah peluang nak sapu duit rakyat...

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive