Pakatan Haram Simpan Samseng Di Selangor...??


UMNO Selangor tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan politik samseng di negeri ini yang seolah-olah dilakukan untuk menutup skandal penyelewengan aktiviti perlombongan pasir.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, perkara itu jelas dilihat menerusi laporan polis yang dibuat bekas kakitangan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), T. Sivanesan semalam yang disiarkan media berhubung dakwaan menerima ugutan bunuh melalui telefon oleh seorang pemanggil tidak dikenali.

Malah, berdasarkan laporan media, Sivanesan mendakwa telah dihubungi seorang lelaki serta mengugut untuk membunuh bekas kakitangan KSSB itu jika terus mengganggu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie serta KSSB berhubung skandal pasir di Selangor.

“UMNO amat kesal dengan keadaan itu, kerana jika benar apa yang didakwa oleh Sivanesan, ia merupakan satu budaya baru yang tidak sepatutnya wujud apatah lagi jika ia mengaitkan pentadbiran Selangor di bawah pimpinan pakatan pembangkang pada hari ini.

“Sejak lebih 50 tahun kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor, budaya seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Mengapa budaya samseng, ugut-mengugut sehingga mahu membunuh seperti yang didakwa Sivanesan berlaku pada hari ini.

“Apakah keadaan ini memungkinkan pentadbiran Selangor pada hari ini menyokong budaya samseng bagi menutup atau menghalang seseorang daripada mendedahkan kelemahan dan salah laku melibatkan pentadbiran mahu pun individu yang ada kaitan dengan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Abdul Shukor, pihaknya turut meminta polis menyiasat dakwaan Sivanesan secara terperinci agar tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil terhadap pihak yang didapati terbabit melakukan ugutan seumpama itu.

Jelasnya, dakwaan Sivanesan yang dikatakan menerima ugutan bunuh merupakan satu perkara yang amat serius bukan hanya dari segi keselamatan seseorang individu tetapi juga melibatkan kepentingan seluruh rakyat di negeri ini.

0 comments:

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive