Parasit Dalam Pas Perlu Di Pecat Dengan Segera..!!!!



Pas bakal berdepan masalah besar jika terus membiarkan 'parasit' yang wujud dalam parti itu menentukan agenda parti terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, kata bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin, 'parasit' itu akan membawa Pas jauh daripada agenda perjuangan sebenar iaitu untuk memperjuangkan Islam.

''Sejauh mana pengaruh parasit ini akan menular dalam Pas dan memusnahkannya bergantung kepada sejauh mana kepimpinan Pas sanggup membiarkan asas penubuhan dan perjuangan parti itu dikompromi bagi tujuan menubuhkan kerajaan alternatif menggantikan Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian kepada dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa terdapat 'parasit' dalam Pas yang sanggup mengorbankan dasar parti itu semata-mata untuk mendapat sokongan PKR dan DAP.

Mohd. Roslan menambah, kewujudan parasit di dalam Pas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, masalah itu dapat dilihat dari dahulu lagi apabila parti itu dilanda arus pembaharuan bersifat liberal dengan kewujudan kumpulan yang dilabel sebagai Anwarinas dan Erdogan.

Ia, kata beliau, diperkukuhkan lagi dengan perubahan manifesto Pas yang kini memperjuangkan 'Negara Berkebajikan' sekali gus mengetepikan agenda menubuhkan sebuah kerajaan Islam.

Dalam perkembangan sama, pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lee Kuok Tiung berkata, kewujudan 'parasit' di dalam Pas semakin menonjol berikutan rasa taksub dan keyakinan tinggi segelintir ahlinya bahawa pembangkang mampu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Ketaksuban untuk berkuasa itu kata beliau, menyebabkan Pas melupakan ideologi dan dasar asal parti itu serta sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR. :- Utusan

3 comments:

Anonymous said...

sepatutnya PAS mengusir keluar parasit UMNO dalam pas. antaranya ialah ustaz hadi awang, ustaz azizan. harun din, hassan ali, harun taib, nasharudin dan tantawi. mereka inilah parasit UMNO dlm pas. mahfus patut mencadangkan agar mereka ini di singkirkan atau dipecat terus dari pas....kalau nak ke putrajaya singkirkan mereka ini dahulu...

Anonymous said...

Anon 11.00pm
Kalau nak mereka dipecat,siar kat forum ni tak berkesan. Kena sampaikan kat Lim Guan Eng dan serta-merta mereka ini dipecat sebab PAS di BABIKAN oleh DAPigs.

Nok said...

kalau setakat nk ke putrajaya tk payah susah2 pecat depa...buat rombongan cik kiah pun boleh...tapi kalau nak rampas putrajaya tu...singkirkan semua pemimpin pas pun tak kan dapat....kira tengok berapa kerusi PR ada agak2 boleh menang semua ke ????hang ni kalut lah...dgn pelbagai isu semasa...PR agak gonyang...takut yg di kendung keciciran yg di kejar lesap.....

Post a Comment

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive